Detik kemusnahan seorang lelaki

June 4, 2014 § Leave a comment


Kemusnahan seseorang lelaki Muslim ialah apabila dia

  1. Mengabaikan solat – suka melewatkan solat, sering bersolat sendirian, meninggalkan solat
  2. Merokok – mula-mula mencuba, lama-lama ketagih, akhirnya susah nak tinggalkan, mencari mudarat buat sendiri
  3. Tiada halatuju hidup – banyak masa lapang, tidak bersungguh dalam belajar atau bekerja, tidak merancang masa depan

Nasihat ini untuk seseorang. Duhai adik, berubahlah, usiamu masih muda.

membina individu Muslim yang hebat lebih utama

March 22, 2011 § Leave a comment


  • Tajuk entri ini rasanya yang terpanjang semenjak inizis.wp diwujudkan.
  • Tajuk di atas dipilih adalah pendirian diri berdasarkan ilmu, kefahaman, pendedahan dan pengalaman.
  • Saya nak membandingkan yang mana lebih utama; meramaikan individu Muslim ataupun menghebatkan individu Muslim yang sedia ada?

Dahulu di Madinah

  • Sejurus selepas kewafatan Rasulullah s.a.w., muncul ribuan orang Arab dari puluhan kabilah yang mengambil peluang untuk lari daripada sistem Islam.
  • Mereka mengambil peluang untuk meminta keringanan dalam solat, bayaran zakat, puasa dan segala-gala ibadah yang telah disyariatkan.
  • Asas utama permintaan sebegini dibuat ialah, mereka masih belum faham ajaran Islam yang sepenuhnya.
  • Kegemilangan Islam secara mendadak setelah terbinanya Madinah, pembukaan Kota Mekah dan penghapusan terhadap golongan jahiliyyah menyebabkan ramai orang tunduk kepada Islam.
  • Jangan samakan mereka dengan golongan munafik yang secara realitinya memang berpura-pura Islam walaupun Rasulullah s.a.w. masih hidup.
  • Tetapi orang-orang Arab yang tinggal jauh dari Madinah ini belum disapa ajaran, pengisian dan tuntutan Islam yang menyeluruh.
  • Khalifah Abu Bakar r.a. mengambil tindakan awal untuk ‘mengikat’ kembali kepada pentadbiran mereka secara fizikal dengan menghantar batalion tentera Islam, kemudian menghantar para sahabat untuk mengajar mereka semua tentang Islam.
  • Khalifah Abu Bakar r.a. pada masa ini menunda dahulu untuk meluaskan ajaran Islam ke tempat lain.
  • Biar Muslim dengan kuantiti yang sedia ada ini diperkuatkan dengan ajaran Islam yang sebenarnya.

Kini di Malaysia

  • Malaysia memang mejoritinya adalah orang-orang Melayu yang beragama Islam.
  • Tetapi orang-orang Islam ini, saya yakin hampir 80% adalah seperti orang-orang Arab seperti yang dinyatakan di atas.
  • Kita memang tidak melihat mereka mengurangkan rakaat dalam solat, tidak membayar zakat dan sebagainya.
  • Tetapi masyarakat kita adalah lebih teruk dari itu!
  • Couple sana-sini tanpa ikatan yang sah, mencarut tak henti-henti, masalah dadah, rempit dan gejala sosial yang lain adalah sindrom.
  • Penyakit yang sebenarnya adalah mereka tidak hidup bersama Islam yang sebenar.
  • Realiti orang Islam di Malaysia, masih ramai yang tidak sembahyang, tidak sembahyang Jumaat, tinggal puasa wajib, apatah lagi membaca al-Quran!
  • Dengan orang Islam kita yang sedia ada pun sebegini, ada juga golongan yang sedang bersungguh-sungguh mengIslamkan orang yang belum Islam.
  • Saya tidak mengatakan ia salah, tetapi mengIslamkan orang lain bukanlah perkara utama yang mesti dibuat sekarang!
  • Dengan kuantiti umat Islam yang kita ada sekarang, bina kualiti Islam yang sebenarnya pula dalam diri setiap individu Muslim itu.

Saya tidak berbicara tentang individu lain, saya sebenarnya berbicara tentang diri anda!

  • Anda seorang yang beragama Islam. Tahniah.
  • Anda meyakini Allah s.w.t. sebagai Pencipta anda, dan hanya Tuhan yang layak disembah, tetapi anda tidak pernah pun memahami al-Quran? Saya tidak patut mempersoalkan keyakinan anda kepada Allah s.w.t., anda yang patut.
  • Anda mengakui cinta dan kasih kepada Rasulullah s.a.w sejak dari dahulu lagi, tetapi kenapa saya tidak nampak pun anda betul-betul mengikuti ajaran baginda? Saya mempersoalkan cinta anda kepada Rasulullah s.a.w.
  • Anda tanpa firman-firman Allah di dalam jiwa anda dan sunnah Rasulullah s.a.w. pada anggota tubuh anda, ibarat lembu-lembu yang tinggal di padang ragut sahaja.

Apa cara-cara untuk anda ada untuk menjadi individu Muslim yang hebat?

  1. Niat: Anda kena pasang niat untuk menjadi hebat. Anda kena hinakan diri anda, bahawa selama ini anda belum hebat di mata Allah s.w.t, walaupun anda beragama Islam. maksimum, menghindar penyesalan
  2. Faham al-Quran mengikut ‘silibus’ yang Rasulullah s.a.w. sampaikan kepada para sahabat: Mulakan dengan memahami juzuk 30. Kenapa juzuk 30? Juzuk 30 berupa persoalan aqidah, peringatan tentang adanya akhirat, adanya Allah s.w.t. Ayat-ayatnya yang pendek adalah berupa pukulan, tendangan, tujahan, tamparan, sergahan buat anda yang baru belajar untuk jadi hebat! tabiat orang berduka, adakah hidayah sudah pergi?
  3. Larikan diri anda dari kejahiliyyahan: Jika ada seorang peminum arak, jauhkan diri anda dari kedai-kedai arak. Jika anda seorang yang kuat mencarut, larikan diri anda daripada kawan-kawan yang suka mencarut. Jika anda seorang penagih dadah, … adakah anda? pergi cari hidup lain
  4. Sucikan hati anda yang sedang hitam: Pada hati andalah sepatutnya ada semua yang perlu; iman, taqwa, kasih sayang, ukhuwwah, Allah s.w.t.! Hati anda sebenarnya sedang kehitaman. Sucikannya dengan wudhuk yang sempurna, solat yang ikhlas, doa yang tidak pernah putus, baca al-Quran selalu. duhai iman, berjiwa rabbaniyyah, apa masalah hatimu?, luaran kerana dalaman, ubat hati, pabila menatap cermin
  5. Didik nafsu yang jahat: Berpuasa sunat, kurangkan makan, adalah cara paling best untuk mengawal nafsu anda. adakah hidayah sudah pergi?, tingkat cubaan
  6. Sahabat yang baik: Carilah sahabat yang baik yang memahami dan boleh membantu tarbiyyah diri anda menjadi seorang yang lebih baik. Sahabat yang rapat dengan anda boleh membantu anda memperbaiki akhlak. mudah lupa, kurang azam, 1215
  7. Sejarah Islam: Banyakkan baca kisah-kisah sahabat Rasulullah s.a.w. Kenal pasti bagaimana sentuhan Islam yang syumul boleh menjadikan mereka hebat! zoom out
  8. Pengajian: Saya syorkan anda mencari kelas-kelas pengajian, usrah, halaqah yang bersifat kecil-kecilan berbanding ceramah-ceramah dan kuliah-kuliah umum, kerana diri dan hati anda mesti dididik secara berfokus tetapi berterusan! bermula dengan kelembutan

Nak lagi? Mengada-ngada. Buat dulu apa yang ditulis di atas tu.

duhai iman

March 21, 2011 § 1 Comment


Dari Abu Hurairah r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda:

Tidaklah seseorang penzina itu berzina tatkala dia beriman, Tidaklah seseorang peminum arak itu meminum arak tatkala dia sedang beriman. Tidaklah seseorang pencuri itu mencuri, tatkala dia dalam keadaan beriman. (Riwayat Bukhari, at-Tirmizi, Ahmad)

Duhai iman, bilakah akan kekal kuat?

al-Hirah

March 21, 2011 § Leave a comment


Informasi tentang pertempuran al-Hirah

  1. Berlaku pada bulan Mei 633 Masihi di al-Hirah.
  2. Berlaku berikutan kemenangan tentera Islam pimpinan Khalid al-Walid r.a. ke atas tentera Parsi Sassanid pimpinan Jaban di Ullais.

al-Hirah sasaran tentera Islam

  1. al-Hirah merupakan objektif utama tentera Islam dalam kempen menawan Empayar Parsi Sassanid.
  2. al-Hirah merupakan sebuah bandar yang besar di bawah kekuasaan Empayar Parsi Sassanid.
  3. al-Hirah adalah bandar pusar Empayar Parsi Sassanid di wilayah Mesopotamia.
  4. Penduduk utama al-Hirah adalah Kabilah Arab Lakhm yang menganut Kristian yang setia kepada Empayar Parsi Sassanid.
  5. Kabilah Arab Lakhm sebelum ini menguasai Lembah Mesopotamia, termasuk al-Hirah, dan membentuk Kerajaan Lakhmid.
  6. Kerajaan Lakhmid mempunyai kehebatan dalam berperang dan mempunyai kelengkapan kapal perang.
  7. Kerajaan Lakhmid melalui al-Hirah ditawan oleh Empayar Parsi Sassanid di bawah pemerintahan Shapur II pada 325 Masihi.

Pertempuran yang mudah

  1. Khalid al-Walid r.a. dan 15 ooo tentera Islam kini berada di posisi terakhir sebelum menguasai al-Hirah.
  2. Tentera Lakhmid yang menguasai al-Hirah dipimpin oleh Iyas bin Qabisah dan Abdul Masih.
  3. Tentera Lakhmid menggunakan kelebihan kubu-kubu batu dan istana yang besar sebagai pertahanan, serta kelengkapan ballista.
  4. Pertempuran berakhir dengan kemenangan mudah buat tentera Islam.
  5. Para pemimpin al-Hirah, Nu’man bin al-Munzir dan Iyas bin Qabisah keluar menemui Khalid al-Walid r.a dan menawarkan perdamaian dengan membayar jizyah.

al-Hirah bersama Islam

  1. al-Hirah kini di bawah pemerintahan tentera Islam.
  2. Khalid al-Walid r.a. menjadikan al-Hirah sebagai kubu kuat Islam di bahagian utara.

Ullais

March 20, 2011 § Leave a comment


Informasi berkenaan Pertempuran Ullais

  1. Berlaku pada 633 Masihi.
  2. Berlaku selepas kemenangan tentera Islam pimpinan Khalid al-Walid r.a. ke atas tentera bersekutu Empayar parsi Sassanid di Walaja.
  3. Pertempuran berlaku di Ullais, di antara Sungai Khasif dan Sungai Euphrates.

Gerombolan Arab Kristian

  1. Kekalahan teruk di Walaja memaksa tentera Arab Kristian yang bersekutu dengan Parsi Sassanid melarikan diri.
  2. Mereka melarikan diri ke Ullais dengan menyeberangi Sungai Khasif, cabang Sungai Euphrates.
  3. Ardashir III, bekas Maharaja Empayar Parsi Sassanid mengarahkan Bahman untuk mengetuai golongan Arab Kristian di Ullais untuk menghalang kemaraan tentera Islam.
  4. Bahman menghantar Jaban bersama tentera diraja Ctesiphon untuk ke Ullais terlebih dahulu, sementara dia ke Ctesiphon untuk bertemu dengan Ardashir III yang sebenarnya sedang sakit tenat.
  5. Bahman mengingatkan Jaban agar tidak memulakan pertempuran selagi dia belum tiba di sana.
  6. Tentera Arab Kristian yang baharu dipimpin oleh Abdul Aswad, yang baru sahaja kehilangan dua orang anaknya dalam pertempuran di Walaja.

Tentera Islam mengambil langkah awal

  1. Khalid al-Walid r.a. menghantar Muthanna bil Harith bersama sepasukan kecil tentera Islam untuk mengintip kekuatan musuh di Ullais.
  2. Berdasarkan hasil intipan, Khalid mengarahkan agar serangan dibuat pada hari yang sama sebelum tentera diraja Parsi Sassanid tiba di Ullais.
  3. Sementara Khalid mempersiapkan tentera Islam, Jaban yang baru tiba di Ullai mengetahui perancangan Khalid lalu mengarahkan tenteranya bersiap sedia untuk bertempur.

Pertempuran sengit

  1. Tentera Islam dibahagikan kepada tiga pasukan; pasukan tengah dipimpin oleh Khalid al-Walid r.a., pasukan kanan oleh ‘Adi bin Hatim, dan pasukan kiri oleh ‘Asim bin Amr.
  2. Tentera lawan juga dibahagikan kepada tiga pasukan; pasukan tengah terdiri daripada tentera diraja yang dipimpin oleh Jaban, manakala pasukan sayap terdiri daripada tentera Arab Kristian yang diketuai oleh Abdul Aswad dan Abjar.
  3. Pertempuran satu lawan satu menyaksikan Khalid al-Walid r.a. berjaya membunuh Abdul Aswad.
  4. Pertempuran antara kedua-dua pihak berlaku dengan sengit dan tiada tanda-tanda untuk mana-mana pasukan mengalah.
  5. Pertempuran berlarutan terlampau lama, sehingga Khalid al-Walid r.a. berdoa:

“Ya Allah! Jika kau memberi kemenangan ke atas kami, aku akan pastikan tiada musuh yang terselamat daripada pertempuran ini”

Janji Allah s.w.t

  1. Tatkala tentera musuh mulai lemah, Khalid al-Walid r.a. mengarahkan tentera berkuda agar mengepung tentera musuh agar tidak dapat lari dari medan perang.
  2. Kemenangan mulai berpihak kepada tentera Islam.
  3. Khalid al-Walid r.a. menunaikan nazarnya dengan mengarahkan semua tentera musuh dibunuh di Sungai Khasif.
  4. Situasi pembunuhan beramai-ramai di Sungai Khasif berlarutan selama beberapa hari dan menyebabkan Sungai Khasif tidak mengalir kerana dipenuhi darah yang pekat.
  5. al-Qa’qa’ bin Amr mencadangkan agar empangan di hulu sungai dipecahkan.

Penghargaan daripada Khalid al-Walid r.a.

  1. Tentera Islam berjaya menguasai kawasan Ullais dan bayaran jizyah dikenakan.
  2. Khalid al-Walid r.a. memberi pujian kepada Empayar Parsi Sassanid selepas kemenangan di Ullais:

“Aku pernah mematahkan enam bilah pedang lawan dengan tanganku sewaktu di Muktah, tetapi aku tidak pernah bertempur dengan tentera sehebat tentera Parsi, dan di antara tentera Parsi, aku tidak pernah bertempur dengan tentera sehebat di Ullais.”

Muthanna bin Harith

March 20, 2011 § Leave a comment


Latar belakang

  • Muthanna bin Harith (مثنّى بن حارث) adalah seorang ketua Kabilah Arab Sheba.
  • Kabilah Arab Sheba tinggal di kawasan berhampiran dengan sempadan jajahan Empayar Parsi Sassanid di utara Tanah Arab.
  • Muthanna sangat dihormati seorang yang pahlawan perang serta pemimpin yang bijak dan berpandangan jauh.
  • Muthanna dan kabilahnya mempunyai hubungan yang baik dengan Empayar Parsi Sassanid kerana kekuasaan empayar tersebut yang hebat.

Antara Islam atau Parsi Sassanid

  • Pada tahun ke-10 selepas kenabian (620 Hijrah), Rasulullah s.a.w. bersama Abu Bakar r.a. pergi ke Mina untuk mengerjakan ibadah haji.
  • Baginda mengambil peluang untuk menziarahi kabilah-kabilah Arab yang sedang berkunjung di situ.
  • Rasulullah s.a.w. dan Abu Bakar r.a. bertemu dengan sekumpulan anak muda daripada Kabilah Arab Sheba.
  • Anak-anak muda tersebut ialah Mafruq bin ‘Amr, Hani bin Qabisah, Nu’man bin Syarik dan Muthanna bin Harith.
  • Abu Bakar r.a. bertanyakan tentang asal-usul dan kekuatan kabilah mereka kepada Mafruq.
  • Abu Bakar r.a. mengambil peluang memperkenalkan mereka kepada Rasulullah s.a.w.
  • Mafruq bertanyakan tentang ajaran yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w., lalu Rasulullah s.a.w. memberitahunya tentang Islam dan membacakan potongan ayat al-Quran tentang ajaran Islam dari Surah al-An’am, ayat 151 hingga 153:

Katakanlah: “Marilah, supaya aku bacakan apa yang telah diharamkan oleh Tuhan kamu kepada kamu, iaitu janganlah kamu sekutukan dengan Allah sesuatupun; dan hendaklah (kamu) membuat baik kepada ibu bapa; dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu kerana kepapaan, (sebenarnya) Kamilah yang memberi rezeki kepada kamu dan kepada mereka; dan janganlah kamu hampiri kejahatan-kejahatan (zina) – yang terang daripadanya dan yang tersembunyi; dan janganlah kamu membunuh jiwa yang telah diharamkan Allah (membunuhnya) melainkan dengan jalan yang hak (yang dibenarkan oleh Syarak). Dengan yang demikian itulah Allah perintahkan kamu, supaya kamu memahaminya.”

“Dan janganlah kamu hampiri harta anak yatim melainkan dengan cara yang baik (untuk mengawal dan mengembangkannya), sehingga ia baligh (dewasa, serta layak mengurus hartanya dengan sendiri); dan sempurnakanlah segala sukatan dan timbangan dengan adil”. – Kami tidak memberatkan seseorang dengan kewajipan melainkan sekadar kesanggupannya – “dan apabila kamu mengatakan sesuatu (semasa membuat apa-apa keterangan) maka hendaklah kamu berlaku adil, sekalipun orang itu ada hubungan kerabat (dengan kamu); dan perjanjian (perintah-perintah) Allah hendaklah kamu sempurnakan. Dengan yang demikian itulah Allah perintahkan kamu, supaya kamu beringat (mematuhiNya)”.

Dan bahawa sesungguhnya inilah jalanKu (ugama Islam) yang betul lurus, maka hendaklah kamu menurutnya; dan janganlah kamu menurut menurut jalan-jalan (yang lain dari Islam), kerana jalan-jalan (yang lain itu) mencerai-beraikan kamu dari jalan Allah, Dengan yang demikian itulah Allah perintahkan kamu, supaya kamu bertaqwa.

  • Mafruq tertarik dengan Islam lalu bertanyakan lagi tentang ajaran Islam.
  • Rasulullah s.a.w. membacakan pula potongan ayat dari Surah an-Nahl, ayat 90:

Sesungguhnya Allah menyuruh berlaku adil, dan berbuat kebaikan, serta memberi bantuan kepada kaum kerabat; dan melarang daripada melakukan perbuatan-perbuatan yang keji dan mungkar serta kezaliman. Ia mengajar kamu (dengan suruhan dan laranganNya ini), supaya kamu mengambil peringatan mematuhiNya.

  • Mafruq meminta izin untuk bertemu dengan ketuanya, Muthanna terlebih dahulu agar dia atau mereka dapat meninggalkan ajaran lama dan bersama Islam.
  • Setelah perbincangan diadakan, mereka kembali kepada Rasulullah s.a.w. lalu Hani bin Qabisah mengatakan mereka tidak dapat memilih untuk bersama Islam secara keseluruhan pada masa ini kerana mereka takut akan diserang oleh Empayar Parsi Sassanid berikutan hubungan baik yang sedia terjalin.
  • Muthanna bin Harith menambah,

“Kawasan kabilah kami terletak di antara al-Yamamah dan al-Samamah. Sebahagiannya adalah padang pasir Tanah Arab, dan sebahagian lagi adalah kawasan sungai Parsi Sassanid.”

  • Rasulullah s.a.w. menjawab:

“Apa yang kamu katakan itu benar. Tetapi memilih untuk bersama Islam tidak dengan sepenuhnya adalah sesuatu yang tidak mengikut ajaran Islam. Jika kamu cintakan kebenaran, kamu mesti bersama Islam sepenuhnya. Tidak mungkin seseorang itu mesti tunduk kepada pemimpin dunia dan juga llah s.a.w. pada masa yang sama. Keinginan untuk berkorban mesti ada demi untuk bersama Islam sepenuhnya.”

  • Rasulullah s.a.w. dan Abu Bakar r.a. berlalu pergi meninggalkan mereka.

Memilih untuk bersama Islam

  • Pada tahun ke-8 Hijrah, pengaruh kerajaan Islam yang berpusat di Madinah sangat hebat berbanding pengaruh Empayar Parsi Sassanid.
  • Muthanna bin Harith mengambil peluang ini untuk bertemu Rasulullah s.a.w di Madinah untuk memeluk Islam.

Kegemilangan selepas bersama Islam

  • Muthanna bin Harith bersama 2 000 orang dari kabilahnya menyertai Khalid al-Walid r.a. dalam Peperangan al-Salasil di Kazima.
  • Muthanna diberi amanah untuk mengejar dan membunuh tentera Parsi yang lari dari medan perang di Kazima.
  • Sewaktu mengejar, Muthanna dan pasukannya mengetahui bahawa tentera Parsi Sassanid pimpinan Qarin bin Qaruyanas dalam perjalanan untuk menyerang tentera Islam di al-Madhar.
  • Mengintip kekuatan lawan pimpinan Rostam sebelum pertempuran di al-Qadisiyah, lalu menghantar hasil intipan kepada Khalifah Abu Bakar r.a. di Madinah.
  • Tiada balasan diterima dari Madinah setelah sekian lama, menyebabkan dia menyerahkan tugas intipan kepada Bashir bin Khasasia untuk ke Madinah.
  • Setibanya di Madinah, Muthanna mendapat tahu bahawa Khalifah Abu Bakar r.a. sedang terlantar sakit.
  • Khalifah Abu Bakar r.a. mewasiatkan sesuatu kepada Umar bin al-Khattab r.a.:

“… sebaik sahaja aku meninggal, persiapkanlah sepasukan tentera Islam yang paling baik untuk dikirimkan kepada Muthanna …”

Detik-detik terakhir


  • Dalam peperangan al-Qadisiyyah, Muthanna bin Harith memimpin tentera Islam untuk berkawal di Ctesiphon sewaktu Khalid al-Walid r.a. diarah berkawal di sempadan Empayar Rom Byzantine di Syam.
  • Muthanna diserang oleh tentera Parsi Sassanid, memaksa tenteranya berundur ke al-Hirah.
  • Serangan bertubi-tubi ke atas tentera Islam menyebabkan tentera Islam tewas sewaktu pertempuran di jambatan Sungai Euphrates, berhampiran al-Hirah pada 634 Masihi.
  • Muthanna mengalami luka yang parah dalam pertempuran tersebut.
  • Muthanna meninggal dunia di al-Hirah kerana luka parah yang dialami.

Adi bin Hatim

March 20, 2011 § Leave a comment


Keturunan dan latar belakang

  • ‘Adi bin Hatim (عدى بن حاتم) adalah anak kepada seorang ketua kabilah Arab at-Ta`i (الطائي), bernama Hatim bin ‘Abdullah.
  • Ayahnya lebih terkenal dengan panggilan Hatimtai, merupakan seorang ketua kabilah yang sangat terkenal di Tanah Arab.
  • Ini kerana Hatimtai adalah seorang yang sangat pemurah dan seorang pemuisi dan pengembara yang terkenal.
  • Ada pepatah Arab yang berbunyi “أكرم من حاتم” yang bermaksud “Lebih pemurah daripada Hatim”.
  • Hatim dikurniakan dua orang anak lelaki dan perempuan, ‘Adi dan Saffana.
  • Kabilah Arab at-Ta`i tinggal di Ha’il.
  • Hatim dan anak-anaknya menganut agama Kristian, tetapi tidak diketahui oleh kabilah Ta’il yang menyembah berhala.
  • Hatim meninggal dunia pada 579 Masihi dan tugas sebagai ketua kabilah diserahkan kepada ‘Adi.

Perkembangan Islam yang  membimbangkan

  • ‘Adi mengenakan cukai yang tinggi kepada kabilahnya berupa kadar 1/4 pendapatan setahun
  • Penyebaran risalah Islam ke serata Tanah Arab mula membimbangkan ‘Adi.
  • Ini kerana kepimpinan Nabi Muhammad s.a.w dan kandungan Islam yang dibawa baginda lebih baik daripada kepimpinan ‘Adi.
  • Tatkala pengaruh Islam ke atas kabilah Arab at-Ta`il memuncak, ‘Adi melarikan diri bersama keluarganya ke Damsyik.
  • ‘Adi terlupa membawa adiknya, Saffana bersama ke Damsyik.
  • Pertempuran di antara orang-orang Arab at-Ta`il yang memusuhi Islam dengan tentera Islam berlaku.
  • Golongan penentang ini tewas, ditawan lalu dibawa ke Madinah. Saffana juga dibawa sekali.

Detik-detik yang menggembirakan

  • ‘Adi bin Hatim ke Madinah untuk menyelamatkan adiknya, Saffana.
  • ‘Adi bertanyakan pendapat Saffana, adakah patut dia memusuhi atau bersama Rasulullah s.a.w., memandangkan Saffana telah melihat perwatakan Rasulullah s.a.w. dari dekat di Madinah.
  • Saffana menasihati ‘Adi supaya menyebelahi Rasulullah s.a.w. atas dasar keperibadian dan pengaruh Islam yang dibawa.
  • ‘Adi berhasrat untuk mengetahui sendiri adakah Muhammad s.a.w. seorang Rasul ataupun sekadar manusia biasa yang mencari pengaruh.
  • ‘Adi bertemu dengan Rasulullah s.a.w. di dalam Masjid Nabawi, lalu Rasulullah s.a.w. menjemput ‘Adi ke rumah baginda sebagai tetamu.
  • Rasulullah s.a.w. memberikan alas duduk kepada ‘Adi dan baginda hanya duduk di atas lantai.
  • Tindakan demi tindakan Rasulullah s.a.w. mula membuka hati ‘Adi akan siapa sebenarnya Muhammad.
  • Rasulullah s.a.w. bertanyakan tentang tindakan ‘Adi yang mengenakan cukai yang tinggi kepada rakyatnya, padahal tindakan itu bertentangan dengan ajaran Kristian yang dianutinya.
  • ‘Adi terkejut dengan pertanyaan itu kerana tiada siapa yang mengetahui bahawa dia adalah seorang penganut Kristian.
  • Rasulullah s.a.w berkata kepada ‘Adi:

“Kamu sedang menyaksikan orang-orang Islam begitu miskin dan tidak berupaya. Ramai orang memusuhi Islam. Orang-orang Islam tidak berkuasa untuk menentang dengan berani. Demi Allah, akan tiba masanya nanti, kekayaan akan datang, dan kemiskinan akan hilang. Musuh-musuh Islam akan dihancurkan, dan keamanan akan hadir, seperti seorang perempuan tidak perlu ditemani untuk mengembara di antara Madinah dan Qadisiyah. Demi Allah, masanya akan tiba untuk singgahsana putih di Babylon menjadi milik Islam.”

  • ‘Adi bin Hatim mengucap kalimah syahadah dan memeluk Islam di hadapan Rasulullah s.a.w.

Kegemilangan selepas bersama Islam

1) Meriwayat hadis Rasulullah s.a.w.

  • ‘Adi bin Hatim pernah meriwayatkan kata-kata Rasulullah s.a.w.
  • Antaranya yang berkaitan dengan status haiwan buruan,

Diriwayatkan dari ‘Adi bin Hatim r.a, ia berkata, “Aku pernah bertanya kepada Rasulullah saw. Aku katakan, ‘Kami adalah kaum yang berburu menggunakan anjing-anjing ini.’ Beliau bersabda, ‘Apabila kamu melepaskan anjingmu yang terlatih maka ucapkanlah nama Allah, lalu makanlah hewan buruan yang ia tangkap untukmu walaupun ia telah membunuhnya, kecuali bila binatang itu telah memakannya terlebih dahulu. Sebab aku khawatir barangkali anjing itu menangkap hewan ituuntuk dirinya sendiri. Dan jika ternyata ada anjing lain yang ikut memburunya maka jangan kamu makan.” (HR Bukhari [5483] dan Muslim [1929]).

2) Rundingan menentang ar-Riddah

  • Kewafatan Rasulullah s.a.w. menyaksikan kewujudan golongan ar-Riddah di serata Tanah Arab.
  • ‘Adi bin Hatim masih memimpin kabilah Arab at-Ta`i setelah memeluk Islam.
  • Kabilah at-Ta`i memutuskan hubungan dengan Tulaiha setelah ketua kabilah tersebut mengaku sebagai seorang Nabi.
  • ‘Adi bin Hatim dihantar oleh Khalifah Abu Bakar r.a. untuk berunding dengan Kabilah Asad dan Kabilah Jadila yang menyebelahi Tulaiha.
  • Tindakan ‘Adi menyebabkan pertumpahan darah berlaku dengan sedikit.
  • Tulaiha akhirnya dibunuh oleh Khalid al-Walid r.a. di Buzakha.

3) Bersama menawan Babylon

  • ‘Adi bin Hatim menyertai Khalid al-Walid r.a dalam kempen menakluki Empayar Parsi Sassanid.
  • ‘Adi menjadi pemimpin sayap pasukan tentera Islam dalam siri peperangan yang berlaku di al-Madhar, Walaja dan Ullais.
  • Dengan ini, ‘Adi merupakan seorang sahabat Rasulullah s.a.w. yang menyaksikan sendiri kebenaran kata-kata baginda kepadanya.

4) Menyebelahi ‘Ali dalam Pemberontakan sivil

  • ‘Adi bin Hatim berperang di pihak ‘Ali bin Abi Talib dalam Pemberontakan Basra dan Pemberontakan Siffin.

Kata-kata ‘Adi bin Hatim yang hebat

“Tidak ada waktu yang aku rindukan kecuali masuk waktu solat, dan aku rindu kepadanya. Dan tidaklah iqamah dikumandangkan sejak diriku masuk Islam, kecuali aku dalam keadaan telah berwudhu”.