jangan melawan

February 10, 2011 § 1 Comment


Yang saya tahu, nak tuduh dan jatuhkan hukuman hudud ke atas orang Islam yang berzina mestilah disertakan dengan 4 orang saksi lelaki yang waras.

“Dan sesiapa yang melakukan perbuatan keji (zina) di antara perempuan-perempuan kamu, maka carilah empat orang lelaki di antara kamu yang menjadi saksi terhadap perbuatan mereka. …”  (4:15)

Jadi kalau mereka betul-betul berzina setelah ada saksi-saksi, …

“… kalau keterangan-keterangan saksi itu mengesahkan perbuatan tersebut, maka kurunglah mereka (perempuan yang berzina itu) dalam rumah hingga mereka sampai ajal matinya, atau hingga Allah mengadakan untuk mereka jalan keluar (dari hukuman itu).” (4:15)

Okey, yang perempuan dikurung. Pasangannya? Ataupun sesiapa yang merelakan zina itu, bagaimana?

“Dan (mana-mana) dua orang di antara kamu yang melakukan perbuatan yang keji itu, (setelah sabit kesalahannya) maka hendaklah kamu menyakiti keduanya; …” (4:16)

Kalau mereka bertaubat, bagaimana pula?

“… Jika mereka bertaubat dan memperbaiki keadaan diri mereka (yang buruk itu), maka biarkanlah mereka; kerana sesungguhnya Allah adalah sentiasa Menerima taubat, lagi Maha Luas rahmatNya.” (4:16)

Biarkan je? ..as simple as that?

“Sesungguhnya penerimaan taubat itu disanggup oleh Allah hanya bagi orang-orang yang melakukan kejahatan disebabkan (sifat) kejahilan kemudian mereka segera bertaubat, maka (dengan adanya dua sebab itu) mereka diterima Allah taubatnya; dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.” (4:17)

Kiranya kalau ada dua orang Islam yang berzina dan tidak ada saksi, tetapi terus bertaubat selepas itu, maka dia bebas dari hukuman hudud.

Apa yang saya boleh fikir, “orang-orang Islam yang berzina dan ada saksi-saksi yang melihat” bermaksud perbuatan terkutuk itu dilakukan secara terang-terangan (sampai ada orang boleh tahu dan nampak). Dengan kata lain, mereka mencabar sistem undang-undang Islam yang telah pun tertegak. Maka hukuman hudud itu dibuat dengan sebab supaya mereka menghormati sistiem undang-undang Islam yang telah tertegak.

Sama juga kalau pencuri?

“Dan orang lelaki yang mencuri dan orang perempuan yang mencuri maka (hukumnya) potonglah tangan mereka sebagai satu balasan dengan sebab apa yang mereka telah usahakan, … (5:38)

.. dan?

“… (juga sebagai) suatu hukuman pencegah dari Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.” (5:38)

Hukuman sivil sekarang lain dan bersifat keduniaan. Penjara, denda duit, boleh ikat jamin pula. Kerana sistem undang-undangnya tidak bersandarkan kepada wahyu, maka ia tersandar kepada dunia lah!

berbicara tentang Yusuf II

January 20, 2011 § Leave a comment


Mengimbau secebis kisah yang menyebut…

Maka apabila ia (Zulaikha) mendengar cacian mereka, dia pun menjemput mereka dan menyediakan satu jamuan untuk mereka, serta memberi kepada – tiap seorang di antara mereka sebilah pisau. Dan pada ketika itu berkatalah ia (kepada Yusuf): “Keluarlah di hadapan mereka”. Maka ketika mereka melihatnya, mereka tercengang melihat kecantikan parasnya, dan mereka dengan tidak sedar melukakan tangan mereka sambil berkata: “Jauhnya Allah dari kekurangan! Ini bukanlah seorang manusia, ini tidak lain melainkan malaikat yang mulia!” [12:31]

Golongan wanita ini merupakan satu golongan orang ramai (riffraff) ini adalah mereka yang selalu mengikut dan memerhati. Mereka adalah orang ramai yang tidak berpihak kepada mana-mana puak al-Haq mahupun al-Batil.

Dalah sirah perjuangan dakwah Rasulullah s.a.w. di Mekah, Rasulullah adalah penggerak al-Haq, Abu Jahal adalah penggerak al-Batil, manakala orang ramai ialah penduduk Mekah yang hanya memerhatikan pertarungan antara kedua-dua pengerak dan pengikut al-Haq dan al-Batil.

Orang ramai ini selalunya akan melenting bila mana kehidupan harian mereka terganggu; punca rezeki hilang, harga petrol naik dan sebagainya.

Adalah lebih malang, realiti sekarang menunjukkan orang ramai ini seringkali mudah menjadi orang-orang bawahan penggerak al-Batil dan jahiliyyah. Ini dikatakan oleh Abu Ammar ar-Rasyid dalam al-Muntalaq.

Bagi kita, orang ramai ialah mereka yang bukan penggerak dalam dakwah dan perjuangan Islam. Mereka ialah golongan yang lebih cenderung untuk mengikut. Mereka lebih utama untuk menerima tarbiyyah Islamiyyah, memahami dan mengamalkan asas-asas kehidupan sebagai orang Islam yang syamil.

Dalam menegakkan agenda perjuangan, orang ramai ialah mereka yang penggerak-penggerak Islam payungi, dan mereka ialah penyokong yang meramaikan golongan al-Haq.

Namun apakah kita adalah seorang penggerak perjuangan Islam? Sampai satu masa ia bukan lagi isu bersama gerabak dakwah Islam atau tidak, tapi ia adalah isu menggerakkan dakwah Islam atau tidak.

Ahli Badar tidak sama tarafnya dengan rakyat Madinah yang tidak berperang. Ganjaran syurga Firdaus tidak sama dengan ganjaran syurga-syurga lain yang lebih rendah.

Semoga kita adalah sebahagian daripada penggerak dakwah yang Haq, mempunyai nilai-nilai seorang penggerak, dan beramal sebagai seorang penggerak, bukan mereka yang sekadar menempel dalam gerabak dakwah (yang kadang-kala melambatkan gerabak untuk bergerak).

 

 

berbicara tentang Yusuf

January 7, 2011 § Leave a comment


Alhamdulillah, berkesempatan untuk menulis lagi.

Tatkala berbicara tentang Nabi Yusuf, kisah Yusuf dan Zulaikha lah yang paling mudah dan pantas kita fikirkan. Namun apabila melihatkan perjalanan hidup baginda yang dikisahkan dalam Surah Yusuf sendiri.

Paling menarik, secara umumnya, cabaran Yusuf dalam tarbiyyah dan dakwah bermula dengan kaum-kerabatnya sendiri, …

“Wahai anakku! Janganlah engkau ceritakan mimpimu kepada saudara-saudaramu, kerana aku khuatir mereka akan menjalankan sesuatu rancangan jahat terhadapmu. Sesungguhnya syaitan adalah musuh yang nyata bagi manusia.” (5)

kemudian dengan nafsunya, …

“Dan sebenarnya perempuan itu telah berkeinginan sangat kepadanya, dan Yusuf pula (mungkin timbul) keinginannya kepada perempuan itu kalaulah ia tidak menyedari kenyataan Tuhannya (tentang kejinya perbuatan zina itu), …” (24)

segala apa yang berlaku mentarbiyyah Yusuf, lalu akhirnya untuk dakwah, yang bermula dari dalam penjara, …

“Tidaklah sepatutnya kita mempersekutukan sesuatupun dengan Allah. Mentauhid – mengesakan Allah ialah hasil dari limpah kurnia Allah kepada kita dan kepada umat manusia. Tetapi kebanyakan manusia tidak bersyukur.” (38)

dengan kelebihan yang Allah s.w.t kurniakan, Yusuf mempergunakan apa yang baginda ada, …

“Jadikanlah daku pengurus perbendaharaan hasil bumi (Mesir); sesungguhnya aku sedia menjaganya dengan sebaik-baiknya, lagi mengetahui cara mentadbirkannya”. (55)

Ini adalah jalan kehidupan seorang penegak risalah Allah s.w.t. yang suci di muka bumi. Bagaimana jalan cerita anda sebagai pewaris risalah yang sama?

tabiat orang berduka

December 15, 2010 § 5 Comments


Seseorang yang bersedih, down, dirundung masalah, kecewa dan kesepian, pastinya cenderung untuk bersendirian dan lari dari khalayak ramai. Malah kerangka pemikirannya tidak lagi luas seperti kebiasaannya, kerana kekusutan yang menguasai mindanya.

Mungkin ya, mungkin tidak. Sebenarnya Yang Memerhati sentiasa berada disisinya, waimah sedang berduka.

“Demi waktu dhuha, Dan malam apabila ia sunyi-sepi – (Bahawa) Tuhanmu tidak meninggalkanmu, dan Ia tidak benci (kepadamu)”. (ad-Dhuha)

Surah ad-Dhuha mungkin lebih layak diasbabkan dengan kisah Muhammad s.a.w. yang bersedih kerana ‘ditinggalkan’ Allah. Dalam konteks, kesedihan adalah satu titik persamaan.

Dalam ayat-ayat seterusnya, Allah seolah-olah mengajak orang yang bersedih ini agar kembali mengingat apakah pengalaman silam berupa nikmat-nikmat yang Allah telah kurniakan kepadanya.

Lantas Allah mengajak supaya bangkit dari kerusi kesedihaan dengan merancang masa depan yang pastinya Allah janjikan yang terbaik disisi-Nya.

Akhirnya Allah mengajak untuk sentiasa zahirkan tanda kesyukuran dengan nikmat-Nya.

Adakah anda sedang bersedih? Ayuh tadabbur tafsir ad-Dhuha.

berjanji, dan menunggu datangnya janji

September 18, 2010 § 1 Comment


“Di antara orang-orang yang beriman itu, ada yang bersikap benar menunaikan apa yang telah dijanjikannya kepada Allah (untuk berjuang membela Islam); maka di antara mereka ada yang telah selesai menjalankan janjinya itu (lalu gugur syahid), dan di antaranya ada yang menunggu giliran dan mereka pula tidak mengubah (apa yang mereka janjikan itu) sedikitpun.” (al-Ahzab:23)

menghindar penyesalan

November 3, 2009 § 1 Comment


“… alangkah besar penyesalanku atas kelalaianku dalam (menunaikan kewajiban) terhadap Allah, dan sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang memperolokkan (agama Allah)” (az-Zumar, 39:56)

al-Birru

January 24, 2009 § Leave a comment


“Patutkah kamu menyuruh manusia supaya berbuat kebaikan sedang kamu lupa akan diri kamu sendiri; padahal kamu semua membaca Kitab Allah, tidakkah kamu berakal?” (al-Baqarah [2] : 44)

Dari Wabishah bin Ma’bad ra berkata, “Aku datang kepada Rasulullah s.a.w, lalu baginda bersabda, “Apakah engkau datang untuk bertanya tentang kebaikan?”

Aku menjawab, “Benar, wahai Rasulullah.”
Lalu baginda bersabda, “Mintalah fatwa kepada hatimu sendiri. Kebaikan adalah apa yang kerananya jiwa dan hati menjadi tenteram. Dan dosa adalah apa yang mengusik jiwa dan meragukan hati, meskipun orang-orang memberikan fatwa kepadamu dan mereka membenarkannya.” (Hadis Riwayat Ahmad dan Darimi)


Dan ada lagi dalil yang menyatakan al-Birr bagaimana yang dituntut.

“Bukanlah perkara kebajikan itu hanya kamu menghadapkan muka ke pihak timur dan barat, tetapi kebajikan itu ialah berimannya seseorang kepada Allah dan hari akhirat dan segala malaikat dan segala Kitab dan sekalian Nabi dan mendermanya seseorang akan hartanya sedang dia menyayanginya, kepada kaum kerabat dan anak-anak yatim dan orang-orang miskin dan orang yang terlantar dalam perjalanan dan kepada orang-orang yang meminta dan untuk memerdekakan hamba-hamba abdi dan mengerjanya seseorang akan sembahyang serta mengeluarkan zakat dan perbuatan orang-orang yang menyempurnakan janjinya apabila mereka membuat perjanjian dan ketabahan orang-orang yang sabar dalam masa kesempitan dan dalam masa kesakitan dan juga dalam masa bertempur dalam perjuangan perang Sabil. (Orang-orang yang demikian sifatnya), mereka itulah orang-orang yang benar (beriman dan mengerjakan kebajikan) dan mereka itulah juga orang-orang yang bertakwa.” (al-Baqarah [2] : 177)

Ana requote maksud terakhir ayat di atas, yang berbunyi:

… dan mereka itulah juga orang-orang yang bertakwa.” (al-Baqarah [2] : 177)

Kesimpulan: al-Abrar juga adalah al-Muttaqun.

Where Am I?

You are currently browsing the Sensasi Ayatullah category at Ini Iz Is.