Pergi Cari Hidup Lain

January 3, 2009 § 2 Comments


Bangun pagi, solat Subuh di rumah. Selepas itu kalau ada kerja nak buat, buat kerja. Mungkin ke universiti untuk berkuliah, mungkin ke pejabat untuk bekerja, mungkin ke sekolah untuk belajar. mungkin ke pasar membeli barangan keperluan. Kalau tak ada kerja nak buat, boleh jadi kembali ke katil, tidur.

Sampai masa, pergi ambil wudhuk untuk menunaikan solat fardhu yang wajib, sendiri mahupun berjemaah. Atau pun tak pernah terfikir pun nak solat berjemaah. Solat fardhu tu pun belum pasti dilakukan pada awal waktunya.

Petang-petang pergi bermain bola di padang, tak pun bersiar-siar di mana-mana dengan geng-geng motor, mungkin juga bersama buah hati tersayang di MidValley, menonton wayang di GSC, menemani si dia berwindow shopping. Kalau ada jodoh, ke jinjang pelaminlah. Kalau tiada, carilah buah hati yang lain, apa susah?

Selepas kahwin, beli kereta dan rumah sendiri, ada anak-anak penyeri keluarga. Wah! Indahnya kehidupan! Dan kehidupan yang indah ini terus berulang-ulang, berpusing-pusing pada paksi yang sama. Bangun pagi, bekerja, balik kerja, makan, tidur, sampailah ke tua, insyaAllah kalau dikurniakan usia yang panjang.

“Eh, salah kot, takkan lah hidup sesimple itu?” Minda kita mula terfikir.

Okey, saya wujudkan masalah dalam kehidupan ini. Masalah dalam studi, masalah dengan awek, masalah dengan member, tiada sehaluan antara suami isteri, masalah pelajaran anak-anak, anak-anak tak dengar cakap mak ayah, anak perempuan lari dari rumah, masalah tak cukup duit, harga barang petrol semua naik, traffic jam, sakit jantung, kencing manis, banyak lagilah masalah. Semua masalah ini pun berpusing-pusing pada paksi yang sama, malah sama berpaksi kehidupan yang indah di atas tadi.

Pesan saya …,

Please, Get a Life!
a Real One!
Advertisements

§ 2 Responses to Pergi Cari Hidup Lain

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

What’s this?

You are currently reading Pergi Cari Hidup Lain at Ini Iz Is.

meta

%d bloggers like this: