membina individu Muslim yang hebat lebih utama

March 22, 2011 § Leave a comment


  • Tajuk entri ini rasanya yang terpanjang semenjak inizis.wp diwujudkan.
  • Tajuk di atas dipilih adalah pendirian diri berdasarkan ilmu, kefahaman, pendedahan dan pengalaman.
  • Saya nak membandingkan yang mana lebih utama; meramaikan individu Muslim ataupun menghebatkan individu Muslim yang sedia ada?

Dahulu di Madinah

  • Sejurus selepas kewafatan Rasulullah s.a.w., muncul ribuan orang Arab dari puluhan kabilah yang mengambil peluang untuk lari daripada sistem Islam.
  • Mereka mengambil peluang untuk meminta keringanan dalam solat, bayaran zakat, puasa dan segala-gala ibadah yang telah disyariatkan.
  • Asas utama permintaan sebegini dibuat ialah, mereka masih belum faham ajaran Islam yang sepenuhnya.
  • Kegemilangan Islam secara mendadak setelah terbinanya Madinah, pembukaan Kota Mekah dan penghapusan terhadap golongan jahiliyyah menyebabkan ramai orang tunduk kepada Islam.
  • Jangan samakan mereka dengan golongan munafik yang secara realitinya memang berpura-pura Islam walaupun Rasulullah s.a.w. masih hidup.
  • Tetapi orang-orang Arab yang tinggal jauh dari Madinah ini belum disapa ajaran, pengisian dan tuntutan Islam yang menyeluruh.
  • Khalifah Abu Bakar r.a. mengambil tindakan awal untuk ‘mengikat’ kembali kepada pentadbiran mereka secara fizikal dengan menghantar batalion tentera Islam, kemudian menghantar para sahabat untuk mengajar mereka semua tentang Islam.
  • Khalifah Abu Bakar r.a. pada masa ini menunda dahulu untuk meluaskan ajaran Islam ke tempat lain.
  • Biar Muslim dengan kuantiti yang sedia ada ini diperkuatkan dengan ajaran Islam yang sebenarnya.

Kini di Malaysia

  • Malaysia memang mejoritinya adalah orang-orang Melayu yang beragama Islam.
  • Tetapi orang-orang Islam ini, saya yakin hampir 80% adalah seperti orang-orang Arab seperti yang dinyatakan di atas.
  • Kita memang tidak melihat mereka mengurangkan rakaat dalam solat, tidak membayar zakat dan sebagainya.
  • Tetapi masyarakat kita adalah lebih teruk dari itu!
  • Couple sana-sini tanpa ikatan yang sah, mencarut tak henti-henti, masalah dadah, rempit dan gejala sosial yang lain adalah sindrom.
  • Penyakit yang sebenarnya adalah mereka tidak hidup bersama Islam yang sebenar.
  • Realiti orang Islam di Malaysia, masih ramai yang tidak sembahyang, tidak sembahyang Jumaat, tinggal puasa wajib, apatah lagi membaca al-Quran!
  • Dengan orang Islam kita yang sedia ada pun sebegini, ada juga golongan yang sedang bersungguh-sungguh mengIslamkan orang yang belum Islam.
  • Saya tidak mengatakan ia salah, tetapi mengIslamkan orang lain bukanlah perkara utama yang mesti dibuat sekarang!
  • Dengan kuantiti umat Islam yang kita ada sekarang, bina kualiti Islam yang sebenarnya pula dalam diri setiap individu Muslim itu.

Saya tidak berbicara tentang individu lain, saya sebenarnya berbicara tentang diri anda!

  • Anda seorang yang beragama Islam. Tahniah.
  • Anda meyakini Allah s.w.t. sebagai Pencipta anda, dan hanya Tuhan yang layak disembah, tetapi anda tidak pernah pun memahami al-Quran? Saya tidak patut mempersoalkan keyakinan anda kepada Allah s.w.t., anda yang patut.
  • Anda mengakui cinta dan kasih kepada Rasulullah s.a.w sejak dari dahulu lagi, tetapi kenapa saya tidak nampak pun anda betul-betul mengikuti ajaran baginda? Saya mempersoalkan cinta anda kepada Rasulullah s.a.w.
  • Anda tanpa firman-firman Allah di dalam jiwa anda dan sunnah Rasulullah s.a.w. pada anggota tubuh anda, ibarat lembu-lembu yang tinggal di padang ragut sahaja.

Apa cara-cara untuk anda ada untuk menjadi individu Muslim yang hebat?

  1. Niat: Anda kena pasang niat untuk menjadi hebat. Anda kena hinakan diri anda, bahawa selama ini anda belum hebat di mata Allah s.w.t, walaupun anda beragama Islam. maksimum, menghindar penyesalan
  2. Faham al-Quran mengikut ‘silibus’ yang Rasulullah s.a.w. sampaikan kepada para sahabat: Mulakan dengan memahami juzuk 30. Kenapa juzuk 30? Juzuk 30 berupa persoalan aqidah, peringatan tentang adanya akhirat, adanya Allah s.w.t. Ayat-ayatnya yang pendek adalah berupa pukulan, tendangan, tujahan, tamparan, sergahan buat anda yang baru belajar untuk jadi hebat! tabiat orang berduka, adakah hidayah sudah pergi?
  3. Larikan diri anda dari kejahiliyyahan: Jika ada seorang peminum arak, jauhkan diri anda dari kedai-kedai arak. Jika anda seorang yang kuat mencarut, larikan diri anda daripada kawan-kawan yang suka mencarut. Jika anda seorang penagih dadah, … adakah anda? pergi cari hidup lain
  4. Sucikan hati anda yang sedang hitam: Pada hati andalah sepatutnya ada semua yang perlu; iman, taqwa, kasih sayang, ukhuwwah, Allah s.w.t.! Hati anda sebenarnya sedang kehitaman. Sucikannya dengan wudhuk yang sempurna, solat yang ikhlas, doa yang tidak pernah putus, baca al-Quran selalu. duhai iman, berjiwa rabbaniyyah, apa masalah hatimu?, luaran kerana dalaman, ubat hati, pabila menatap cermin
  5. Didik nafsu yang jahat: Berpuasa sunat, kurangkan makan, adalah cara paling best untuk mengawal nafsu anda. adakah hidayah sudah pergi?, tingkat cubaan
  6. Sahabat yang baik: Carilah sahabat yang baik yang memahami dan boleh membantu tarbiyyah diri anda menjadi seorang yang lebih baik. Sahabat yang rapat dengan anda boleh membantu anda memperbaiki akhlak. mudah lupa, kurang azam, 1215
  7. Sejarah Islam: Banyakkan baca kisah-kisah sahabat Rasulullah s.a.w. Kenal pasti bagaimana sentuhan Islam yang syumul boleh menjadikan mereka hebat! zoom out
  8. Pengajian: Saya syorkan anda mencari kelas-kelas pengajian, usrah, halaqah yang bersifat kecil-kecilan berbanding ceramah-ceramah dan kuliah-kuliah umum, kerana diri dan hati anda mesti dididik secara berfokus tetapi berterusan! bermula dengan kelembutan

Nak lagi? Mengada-ngada. Buat dulu apa yang ditulis di atas tu.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

What’s this?

You are currently reading membina individu Muslim yang hebat lebih utama at Ini Iz Is.

meta

%d bloggers like this: