Detik kemusnahan seorang lelaki

June 4, 2014 § Leave a comment


Kemusnahan seseorang lelaki Muslim ialah apabila dia

  1. Mengabaikan solat – suka melewatkan solat, sering bersolat sendirian, meninggalkan solat
  2. Merokok – mula-mula mencuba, lama-lama ketagih, akhirnya susah nak tinggalkan, mencari mudarat buat sendiri
  3. Tiada halatuju hidup – banyak masa lapang, tidak bersungguh dalam belajar atau bekerja, tidak merancang masa depan

Nasihat ini untuk seseorang. Duhai adik, berubahlah, usiamu masih muda.

duhai iman

March 21, 2011 § 1 Comment


Dari Abu Hurairah r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda:

Tidaklah seseorang penzina itu berzina tatkala dia beriman, Tidaklah seseorang peminum arak itu meminum arak tatkala dia sedang beriman. Tidaklah seseorang pencuri itu mencuri, tatkala dia dalam keadaan beriman. (Riwayat Bukhari, at-Tirmizi, Ahmad)

Duhai iman, bilakah akan kekal kuat?

itulah sekeping hati

December 1, 2010 § 1 Comment


Itulah sekeping hati yang takut pada Ilahi
Berpegang pada janji mengabdikan diri

sibuk dan menzalimi

November 27, 2010 § 1 Comment


Bila terlalu sibuk dengan urusan, amal dakwah dan tarbiyyah, kita boleh lupa apa yang sepatutnya diberi pada diri.

Malang kalau kehendak hati dan kesedihan dalam diri dizalimi. Mungkin ini yang sentiasa dirasai.

Diri yang sebenar terletak dalam cengkaman amal dakwah yang semakin kuat mencengkam.

datang dan pergi

November 21, 2010 § 2 Comments


Bila hidayah datang, kadang-kadang kita tak sedar pun. Buat tak tahu, atau simpan tanpa dipergunakan.

Bila duduk dalam bi’ah solehah, kadang-kadang kita tak ambil manfaat pun untuk bina dzatiyyah. Buat tak tahu, atau biarkan ia wujud saja.

Bila hadirnya seseorang mahu berukhuwwah, kita anggap dia hanyalah seseorang yang tiada geng, sekadar mahu meluahkan suka duka. Buat tak tahu, atau buat macam biasa saja.

Bila hidayah, bi’ah solehah, ukhuwwah hilang, baru kita rasa yang kita sangat memerlukan kesemuanya. Baru terhegeh-hegeh mencari kembali.

Anda rasa anda dah sungguh-sungguh berusaha untuk mendapatkan, namun adakah anda yakin usaha anda sudah cukup?

Yang pergi tanpa dipedulikan, mana mungkin akan hadir kembali dengan mudah.

lapang?

October 18, 2010 § 2 Comments


Kalau kita rasa kita lapang, maksudnya kita sedang melupakan tanggungjawab kita sebagai hambaNya dan khalifah di muka bumi.

Senang cerita, jangan sekali-kali lupa yang diri anda mesti ditarbiyyah tanpa henti, dan anda mesti all out berdakwah!

Susah sangat ke nak faham? Tak, kan?

ikatan yang utuh

September 11, 2010 § 2 Comments


Alhamdulillah. Tahun keempat di Adelaide. Lebih istimewa, dalam tahun kedua manjadi ahli rumah istimewa, SQ Bukan kerana SQ yang istimewa, tapi kerana ukhuwwah dan bi’ah solehah yang sedia terjalin dan kekal semenjak rumah SQ ini berfungsi.

Gambar bertarikh 2 Februari 2009, summer season, tatkala ramai masih bercuti di Malaysia, mereka inilah, Faisal, Muslim, Faruq, Aie dan Abg Ajak yang menemukan rumah ini setelah sekian lama mencari satu rumah baru ‘kami’.

Inilah ‘kami’, Faisal (ex-Burns), saya (ex-Maple), Syahr (ex-Meredith), Nik (ex-North Adelaide), Ammar (ex-North Adelaide) dan Fikri (ex-North Adelaide) (susunan nama urutan ahli). Gambar-gambar diambil semasa Aidilfitri 2009. Kerana ukhuwwah dan persefahaman itu indah.

Dengan persetujuan semua ahli, rumah ‘kami’ dinamakan SQ, dengan cadangan saya bersempena nama jalan rumah istimewa ini. Bukan mudah nak kekalkan kebersamaan dalam sesebuah rumah bujang di perantauan, apatah lagi semuanya berlainan course, minat dan citarasa, bakat, kelemahan dan kelebihan, namun atas dasar aqidah, dakwah dan tarbiyyah serta matlamat hidup yang sama, semuanya mudah!

Tanyalah diri, ada rumah kita hebat suasananya, basah ukhuwwah sesama ahlinya, berfungsi untuk iman dan dunia kita?

Ahli SQ bertambah seorang lagi menjelang November 2009. SQ menampilkan Hasbi sebagai ahli SQ ke-7, walaupun masih tak rasmi pada masa ini. Juga Hakim sebagai ahli SQ tidak tetap.

Menjelang tahun 2010 ini, semua ahli-ahli SQ pun dah final year. Sibuk dengan projek, lab, honours, internship, short courses, meeting, jumpa supervisor, presentations. Susah nak kumpul sama-sama dalam satu masa di rumah. Tapi, benda-benda kecil seperti gambar-gambar poster sebegini, nota-nota kecil, dan emel-emel kt YGroup SQ lah yang sudi membasahkan ukhuwwah kami ni.

Kini Faisal pun sudah kembali ke Malaysia, Syahr pun sudah beristeri dan tidak lagi tinggal di SQ. Dan SQ mempunyai Nabil (ex-Meredith) sebagai ahli baru, masih, ukhuwwah dan bi’ah generasi pertama SQ ini masih ada.

Generasi pertama SQ ini akan kembali ke tanah air. Risau, adakah generasi pelapis mampu meneruskan apa yang sedia ada ini?

Where Am I?

You are currently browsing the Sendiri category at Ini Iz Is.