membina individu Muslim yang hebat lebih utama

March 22, 2011 § Leave a comment


  • Tajuk entri ini rasanya yang terpanjang semenjak inizis.wp diwujudkan.
  • Tajuk di atas dipilih adalah pendirian diri berdasarkan ilmu, kefahaman, pendedahan dan pengalaman.
  • Saya nak membandingkan yang mana lebih utama; meramaikan individu Muslim ataupun menghebatkan individu Muslim yang sedia ada?

Dahulu di Madinah

  • Sejurus selepas kewafatan Rasulullah s.a.w., muncul ribuan orang Arab dari puluhan kabilah yang mengambil peluang untuk lari daripada sistem Islam.
  • Mereka mengambil peluang untuk meminta keringanan dalam solat, bayaran zakat, puasa dan segala-gala ibadah yang telah disyariatkan.
  • Asas utama permintaan sebegini dibuat ialah, mereka masih belum faham ajaran Islam yang sepenuhnya.
  • Kegemilangan Islam secara mendadak setelah terbinanya Madinah, pembukaan Kota Mekah dan penghapusan terhadap golongan jahiliyyah menyebabkan ramai orang tunduk kepada Islam.
  • Jangan samakan mereka dengan golongan munafik yang secara realitinya memang berpura-pura Islam walaupun Rasulullah s.a.w. masih hidup.
  • Tetapi orang-orang Arab yang tinggal jauh dari Madinah ini belum disapa ajaran, pengisian dan tuntutan Islam yang menyeluruh.
  • Khalifah Abu Bakar r.a. mengambil tindakan awal untuk ‘mengikat’ kembali kepada pentadbiran mereka secara fizikal dengan menghantar batalion tentera Islam, kemudian menghantar para sahabat untuk mengajar mereka semua tentang Islam.
  • Khalifah Abu Bakar r.a. pada masa ini menunda dahulu untuk meluaskan ajaran Islam ke tempat lain.
  • Biar Muslim dengan kuantiti yang sedia ada ini diperkuatkan dengan ajaran Islam yang sebenarnya.

Kini di Malaysia

  • Malaysia memang mejoritinya adalah orang-orang Melayu yang beragama Islam.
  • Tetapi orang-orang Islam ini, saya yakin hampir 80% adalah seperti orang-orang Arab seperti yang dinyatakan di atas.
  • Kita memang tidak melihat mereka mengurangkan rakaat dalam solat, tidak membayar zakat dan sebagainya.
  • Tetapi masyarakat kita adalah lebih teruk dari itu!
  • Couple sana-sini tanpa ikatan yang sah, mencarut tak henti-henti, masalah dadah, rempit dan gejala sosial yang lain adalah sindrom.
  • Penyakit yang sebenarnya adalah mereka tidak hidup bersama Islam yang sebenar.
  • Realiti orang Islam di Malaysia, masih ramai yang tidak sembahyang, tidak sembahyang Jumaat, tinggal puasa wajib, apatah lagi membaca al-Quran!
  • Dengan orang Islam kita yang sedia ada pun sebegini, ada juga golongan yang sedang bersungguh-sungguh mengIslamkan orang yang belum Islam.
  • Saya tidak mengatakan ia salah, tetapi mengIslamkan orang lain bukanlah perkara utama yang mesti dibuat sekarang!
  • Dengan kuantiti umat Islam yang kita ada sekarang, bina kualiti Islam yang sebenarnya pula dalam diri setiap individu Muslim itu.

Saya tidak berbicara tentang individu lain, saya sebenarnya berbicara tentang diri anda!

  • Anda seorang yang beragama Islam. Tahniah.
  • Anda meyakini Allah s.w.t. sebagai Pencipta anda, dan hanya Tuhan yang layak disembah, tetapi anda tidak pernah pun memahami al-Quran? Saya tidak patut mempersoalkan keyakinan anda kepada Allah s.w.t., anda yang patut.
  • Anda mengakui cinta dan kasih kepada Rasulullah s.a.w sejak dari dahulu lagi, tetapi kenapa saya tidak nampak pun anda betul-betul mengikuti ajaran baginda? Saya mempersoalkan cinta anda kepada Rasulullah s.a.w.
  • Anda tanpa firman-firman Allah di dalam jiwa anda dan sunnah Rasulullah s.a.w. pada anggota tubuh anda, ibarat lembu-lembu yang tinggal di padang ragut sahaja.

Apa cara-cara untuk anda ada untuk menjadi individu Muslim yang hebat?

  1. Niat: Anda kena pasang niat untuk menjadi hebat. Anda kena hinakan diri anda, bahawa selama ini anda belum hebat di mata Allah s.w.t, walaupun anda beragama Islam. maksimum, menghindar penyesalan
  2. Faham al-Quran mengikut ‘silibus’ yang Rasulullah s.a.w. sampaikan kepada para sahabat: Mulakan dengan memahami juzuk 30. Kenapa juzuk 30? Juzuk 30 berupa persoalan aqidah, peringatan tentang adanya akhirat, adanya Allah s.w.t. Ayat-ayatnya yang pendek adalah berupa pukulan, tendangan, tujahan, tamparan, sergahan buat anda yang baru belajar untuk jadi hebat! tabiat orang berduka, adakah hidayah sudah pergi?
  3. Larikan diri anda dari kejahiliyyahan: Jika ada seorang peminum arak, jauhkan diri anda dari kedai-kedai arak. Jika anda seorang yang kuat mencarut, larikan diri anda daripada kawan-kawan yang suka mencarut. Jika anda seorang penagih dadah, … adakah anda? pergi cari hidup lain
  4. Sucikan hati anda yang sedang hitam: Pada hati andalah sepatutnya ada semua yang perlu; iman, taqwa, kasih sayang, ukhuwwah, Allah s.w.t.! Hati anda sebenarnya sedang kehitaman. Sucikannya dengan wudhuk yang sempurna, solat yang ikhlas, doa yang tidak pernah putus, baca al-Quran selalu. duhai iman, berjiwa rabbaniyyah, apa masalah hatimu?, luaran kerana dalaman, ubat hati, pabila menatap cermin
  5. Didik nafsu yang jahat: Berpuasa sunat, kurangkan makan, adalah cara paling best untuk mengawal nafsu anda. adakah hidayah sudah pergi?, tingkat cubaan
  6. Sahabat yang baik: Carilah sahabat yang baik yang memahami dan boleh membantu tarbiyyah diri anda menjadi seorang yang lebih baik. Sahabat yang rapat dengan anda boleh membantu anda memperbaiki akhlak. mudah lupa, kurang azam, 1215
  7. Sejarah Islam: Banyakkan baca kisah-kisah sahabat Rasulullah s.a.w. Kenal pasti bagaimana sentuhan Islam yang syumul boleh menjadikan mereka hebat! zoom out
  8. Pengajian: Saya syorkan anda mencari kelas-kelas pengajian, usrah, halaqah yang bersifat kecil-kecilan berbanding ceramah-ceramah dan kuliah-kuliah umum, kerana diri dan hati anda mesti dididik secara berfokus tetapi berterusan! bermula dengan kelembutan

Nak lagi? Mengada-ngada. Buat dulu apa yang ditulis di atas tu.

maksimum

March 16, 2011 § 1 Comment


Syarat untuk mendapatkan bantuan daripada Allah ada dua:

Pertama, pengharapan kepada Allah supaya usaha kita dibantu dan dipermudah oleh-Nya. Niat yang ikhlas kerana-Nya, berharap bersungguh-sungguh, berdoa sebanyak mungkin. Rasulullah s.a.w menangis mengharapkan ehsan Allah sebelum perang Badar bermula.

Kedua, berusaha semaksimum yang boleh sebagai seorang manusia. Seperti Musa a.s dihambat oleh Firaun, beliau membawa umatnya ke tempat paling jauh yang boleh; pinggir Laut Merah. Seperti para pejuang Islam di medan Badar, mereka bermatian-matian semaksimum mungkin dalam pertempuran sebelum bantuan dari langit tiba.

Pengharapan mesti datang sebelum usaha yang maksimum. Inilah kunci kemenangan Islam dalam peperangan Badar. Jika usaha datang sebelum pengharapan, itulah faktor kekalahan Islam di medan Uhud.

Berharap tanpa berusaha, jangan harap Allah akan membantumu.

Berusaha sekadar biasa-biasa, belum tentu Allah akan membantumu.

Ikutlah semuanya

March 12, 2011 § 3 Comments


Ana petik kata-kata Mursyid Am Ikhwan Muslimin ke-8, Dr. Mohammad Badee’:

“Kami ialah pergerakan dakwah salafi, pengamal sunnah (toriqah sunniyah), hakikat sufi (haqiqah sufiyyah), parti politik (hai’ah siyasiyah), kumpulan sukan (jamaah riyadhiyyah), persatuan kebudayaan dan ilmiyah (rabitah ilmiyyah thaqafiyyah), dan syarikat perekonomian (syirkah iqtisodiyyah) dan idealisma sosial (fikrah ijtima’iyyah), sepertimana yang telah disebut di dalam Al-Quran:

”Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah kepadamu akan pahala dan kebahagiaan hari akhirat dan janganlah engkau melupakan bahagianmu (keperluan dan bekalanmu) dari dunia dan berbuat baiklah (kepada hamba-hamba Allah) sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu (dengan pemberian nikmatNya yang melimpah-limpah) dan janganlah engkau melakukan kerosakan di muka bumi; sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang berbuat kerosakan” (Al-Qasas:77).

Secara ringkasnya, apa yang kita boleh ambil iktibar rijal dakwah ialah:

  • Salafi sebagai contoh: Membina kekuatan umat Islam mesti melalui cara yang sebenar-benarnya seperti Rasulullah s.a.w dan generasi terawal Islam buat; bina individu Muslim melalui aqidah Islamiyyah yang kuat, dan seterusnya. Unsur bid’ah mesti dikenal pasti dan dihalang selagi tidak membawa mudharat semasa.
  • Sufi sebagai contoh: Sentiasa beribadah, berdua-duaan dan merintih kepada Allah dengan sebenar-benarnya.
  • Faham dan dalami hadis dan sunnah Rasulullah s.a.w daripada yang terkecil sehingga yang terbesar, dan yang paling penting, amalkan sebanyak mana yang termampu.
  • Menguasai ilmu pemerintahan dan politik serta mengambil tahu percaturan politik semasa.
  • Bersukan dan beriadhah, sihat dan hebat tubuh badan, aktif dan cergas bekerja.
  • Menguasai ilmu akademik dan non-akademik yang diminati agar ada pintu masuk kepada masyarakat setempat.
  • Berusaha berdikari dan tidak bergantung punca rezeki dengan orang lain i.e. tidak makan gaji.
  • Menjadi tokoh dan rujukan masyarakat setempat, dipandang mulia dan ada kedudukan dalam masyarakat.

Ustaz Halim pernah bercerita tentang takjubnya masyarakat Mesir dengan pemuda-pemuda Ikhwan Muslimin di sana; kelibat mereka selalu kelihatan berkejaran ke masjid untuk solat berjemaah setiap kali solat fardu; ibadat sunat, bacaan dan hafalan al-Quran tidak pernah ditinggalkan; bersungguh-sungguh berniaga dan bekerja pada waktu kerja di siang hari, yang makan gaji pula pasti ada punca rezeki sendiri seperti berniaga; petangnya pula mereka ada memenuhi padang-padang dan gelanggang-gelanggang permainan untuk beriadhah; petang, malam atau hujnung minggu sibuk dengan kelas-kelas pengajian (berusrah dan bawa usrah), jadi AJK program, aktiviti bersama mad’u (individu yang didakwah), amal-amal sosial dan kemasyarakatan dan banyak lagi. Subhanallah, inilah sebenar-benar individu Muslim dan rijal dakwah yang mesti kita jadi.

Tiada apa yang kita sumbangkan sebenarnya. Malah tidak pernah kita merasakan kita punyai apa-apa kelebihan. Sebaliknya kita yakin apa yang Allah firmankan:

“Bahkan (kalaulah sah dakwaan kamu itu sekalipun maka) Allah jualah yang berhak membangkit-bangkitkan budi-Nya kepada kamu, kerana Dia-lah yang memimpin kamu kepada iman (yang kamu dakwakan itu), kalau betul kamu orang-orang yang benar (pengakuan imannya).” (Al-Hujurat: 17)

Betapa kita mengharapkan (jika boleh) agar hati-hati ini boleh ditunjukkan kepada seluruh umat ini supaya mereka boleh melihat bahawa apa yang ada di dalam hati-hati ini hanyalah rasa kasih sayang kepada mereka, rasa simpati dan kesediaan untuk berkorban demi kepentingan mereka.

Moga-moga mereka turut sama merasai kesedihan yang menyelubungi hati ini kerana melihat segala yang berlaku kini. Namun kita yakin Allah mengetahui segala hakikat ini. Hanya Allah sahaja tempat kita mengharapkan segala bantuan. Hanya Allah sahaja yang memimpin kita ke jalan yang betul. Hanya di tangan-Nya sahaja segala kunci hati manusia. Orang yang Allah berikan petunjuk, tiada siapa yang dapat menyesatkannya. Sementara orang yang disesatkan oleh Allah pula, tiada siapa yang dapat memimpinnya. Dialah tempat pergantungan kita dan Dialah sebaik-baik tempat bergantung. Bukankah Allah yang melindungi para hamba-Nya?

(Hassan al-Banna, Dakwah Kita)

Jika anda tidak mempunyai sifat-sifat sebegini, anda belum lagi seorang yang ideal untuk menjadi rijal dakwah, tetapi berusahalah ke arah itu.

Be Smart, Work Hard, Pray Hard.

Berjiwa Rabbaniyyah

March 8, 2011 § 1 Comment


Alhamdulillah selesai juga sekali lagi sesi halaqah. Biar jauh, asalkan manfaat tsaqafah, perasaan hati dan semangat untuk terus beramal itu segar kembali. Inilah sebenar-benarnya halaqah yang berfungsi.

Bercerita tentang rabbaniyyah. Kalau tengok bahan modul memang super-panjang. Tapi semasa dibentangkan satu-persatu, terasa seolah-olah sifat rabbaniyah ini pernah dan telah hadir melekat pada hati. Tetapi aku tidak memanggilnya rabbaniyyah sebelum ini. Kerana ia adalah sesuatu yang sangat istimewa dan tidak ternilai.

Seolah-olah anda mempunyai sebuah bilik yang sangat besar. Namun bilik anda itu sangat gelap, kotor dan menjijikkan.
Ada kalanya anda mungkin beroleh cahaya yang memudahkan anda untuk mencuci kotoran bilik itu.
Ada kalanya anda tidak beroleh cahaya, lantas hati itu terbiar kotor, bahkan menjadi semakin kotor.
Alangkah bertuah andai anda berjaya mencuci ruang kecil dari bilik itu sebersih-bersihnya, lantas anda meletakkan lampu di situ.
Lampu itu menerangi, tetapi hanya pada ruang kecil itu.

Itulah rabbaniyyah, yang memerlukan hidayah Allah agar kekotoran hati dapat dihilangkan dan disediakan tempat untuknya.
Itulah rabbaniyyah, yang menerangi hati seseorang agar kekal diterangi hidupnya.

Seseorang yang berjiwan rabbaniyyah, akan mudah mendapati kekhusyukan dalam ibadahnya.

Perkara yang pertama yang akan diangkat ialah khusyuk dalam solat. (Riwayat at-Thobari)

Rabbaniyyah, adalah seolah-olah Allah berada dalam hatinya.

Seperti Ibrahim r.a. yang tidak dibakar api,

Kami berfirman: “Hai api, jadilah engkau sejuk serta selamat sejahtera kepada Ibrahim! “. (al-Anbiya’:69)

… kerana Allah sedang bersamanya.

Seperti Musa r.a. dihambat ke sisi Laut Merah,

Nabi Musa menjawab: “Tidak! Jangan fikir (akan berlaku yang demikian)! Sesungguhnya aku sentiasa disertai oleh Tuhanku (dengan pemuliharaan dan pertolonganNya), Ia akan menunjuk jalan kepadaku”. (as-Syu’ara: 62)

… kerana Allah sedang bersamanya.

Rabbaniyyah adalah ‘turning-point’ yang seseorang al-akh mesti capai. Kerana ia adalah kunci utama yang menggerakkan ibadah dan dakwah.

disconnected

March 6, 2011 § 1 Comment


Semasa Rasulullah s.a.w mula-mula sebarkan Islam, ada dua golongan manusia sahaja; golongan Muslimin dan golongan kafir.

Golongan muslimin pada masa ini ialah mereka yang faham dan bergerak bersama-sama membangun dan menyebarkan Islam.

Selepas hijrah Madinah dan Perang Badar, mula muncul golongan pertengahan.

Golongan pertengahan yang dimaksudkan ialah mereka yang terputus daripada perjuangan Islam.

Golongan pertengahan yang terawal ialah golongan munafik, yang mengaku Islam tetapi pada hati dan perbuatan hanyalah menentang Islam. Masjid Dhirar binaan mereka adalah bukti terputusnya mereka daripada jemaah Islam.

Kemudian muncul pula kisah pemuda dalam Hadithul Ifk, yang memfitnah Aisyah r.a. Ini adalah simbolik terputusnya pemuda itu dengan gerakan Islam dari aspek hati dan perasaan.

Perang Tabuk menyaksikan beberapa orang sahabat Rasulullah s.a.w tidak turut serta. Ketaatan dalam soal jihad adalah sangat penting dalam agenda perjuangan Islam. Buktinya, mereka dipulaukan oleh segenap orang-orang Islam atas perintah Allah s.a.w.

Hatib bin Abi Baltaah adalah seorang ahli Badar yang dijamin syurga. Namun tindakan beliau membocorkan rahsia tentera Islam sebelum Fathul Makkah menunjukkan terputusnya beliau dengan gerakan Islam dalam aspek menjaga kerahsiaan.

Terputusnya seseorang daripada gerakan Islam kini adalah sesuatu yang sangat menyedihkan. Kerana apa? Mereka yang terhenti daripada gerakan dakwah adalah atas sebab-sebab yang sangat remeh: keluarga, kekangan masa, malas dan sebagainya. Padahal mereka ini telah dibentangkan dengan berbagai-bagai bahan dan pengisian.

Golongan pertengahan sebegini sebenarnya merugikan mereka sendiri dan orang-orang Islam yang am. Dakwah tidak rugi apa-apa kerana ianya milik Allah.

Muhasabah semula keadaan diri kita. Walaupun kita berusrah, bersama tarbiyyah dan beramal Islam, adakah kita sebenarnya ‘disconnected’ dari jemaah Islam?

apa masalah hatimu?

February 26, 2011 § 2 Comments


Hati tidak selesa? Mahu mencari ketenangan? Lebih cenderung untuk bermalasan dan membuang masa? Mudah marah dan naik angin? Mudah riak dan rasa bangga dengan diri sendiri? Dah rasa cukup dengan kehebatan diri?

tombo ati

Sesungguhnya di dalam hati terdapat sebuah keterasingan yang tak mampu diubati, kecuali dengan menyendiri bersama Allah ‘Azza Wajalla.

Di dalam hati juga ada sebuah kesedihan yang tak akan mampu disekat, kecuali oleh kebahagiaan yang tumbuh kerana mengenal Allah beserta ketulusan hubungan denganNya.

Pun di dalam hati ada sebuah kegelisahan yang takkan mampu ditenangkan, kecuali dengan berhimpun kerana Allah dan pergi meninggalkan kegelisahan itu menuju Allah.

Di dalam hati juga ada suatu tuntutan kuat yang tidak akan terhenti, sehinggalah Allah menjadi satu-satunya matlamat dan cita-cita.

Di dalam hati juga ada suatu keperluan yang takkan pernah terpenuhi, kecuali dengan cinta-Nya, mengingati-Nya, beserta keikhlasan yang tulen terhadap-Nya.

Bahkan jika hati ini diberi dunia dan segala isinya, keperluan itu tetap tidak dipenuhi, selagi tidak mengharap penuh kepada Allah ‘Azza Wajalla.

(Ibnu Qayyim)

p/s: Entri 2009,  istimewa untuk diri dan yang teristimewa …

faham siling

February 23, 2011 § Leave a comment


Seseorang hanya membuat sesuatu perkara berdasarkan level kefahaman yang dia ada.

Contohnya, seseorang Muslim masa kini akan biasa dengan kehidupan yang dia ada sekarang; bekerja, bersama isteri dan anak-anak, beli rumah dan kereta, jalan-jalan sekeliling alam, haji dan umrah –  kerana setakat itu sahaja yang dia faham tentang kehidupan.

Ada pula seseorang Muslim memahami bahawa kehidupannya tidak cukup sebegitu, kerana apa yang dia faham ialah, kehidupannya sebagai seorang Muslim lebih lengkap jika dia hidup bersama sistem perundangan Islam. Jadi kehidupannya menjurus ke arah mewujudkan sistem perundangan Islam.

Adapun seseorang Muslim lain pula kefahamannya. Sistem perundangan Islam tampak kuno, tidak relevan dengan situasi semasa, tidak menjaga hak perikemanusiaan sejagat dan sebagainya.

Malanglah kalau seseorang itu berbuat sesuatu yang tidak setimpal dengan apa yang dia faham.

Tapi apa yang penting, kefahaman itu mesti selari dengan apa yang Islam ajar, bukan seperti kefahaman pak cik ini:

“I am a fighter, a revolutionary from tents … I will die as a martyr at the end!”

Where Am I?

You are currently browsing the jiWa category at Ini Iz Is.