Ullais

March 20, 2011 § Leave a comment


Informasi berkenaan Pertempuran Ullais

  1. Berlaku pada 633 Masihi.
  2. Berlaku selepas kemenangan tentera Islam pimpinan Khalid al-Walid r.a. ke atas tentera bersekutu Empayar parsi Sassanid di Walaja.
  3. Pertempuran berlaku di Ullais, di antara Sungai Khasif dan Sungai Euphrates.

Gerombolan Arab Kristian

  1. Kekalahan teruk di Walaja memaksa tentera Arab Kristian yang bersekutu dengan Parsi Sassanid melarikan diri.
  2. Mereka melarikan diri ke Ullais dengan menyeberangi Sungai Khasif, cabang Sungai Euphrates.
  3. Ardashir III, bekas Maharaja Empayar Parsi Sassanid mengarahkan Bahman untuk mengetuai golongan Arab Kristian di Ullais untuk menghalang kemaraan tentera Islam.
  4. Bahman menghantar Jaban bersama tentera diraja Ctesiphon untuk ke Ullais terlebih dahulu, sementara dia ke Ctesiphon untuk bertemu dengan Ardashir III yang sebenarnya sedang sakit tenat.
  5. Bahman mengingatkan Jaban agar tidak memulakan pertempuran selagi dia belum tiba di sana.
  6. Tentera Arab Kristian yang baharu dipimpin oleh Abdul Aswad, yang baru sahaja kehilangan dua orang anaknya dalam pertempuran di Walaja.

Tentera Islam mengambil langkah awal

  1. Khalid al-Walid r.a. menghantar Muthanna bil Harith bersama sepasukan kecil tentera Islam untuk mengintip kekuatan musuh di Ullais.
  2. Berdasarkan hasil intipan, Khalid mengarahkan agar serangan dibuat pada hari yang sama sebelum tentera diraja Parsi Sassanid tiba di Ullais.
  3. Sementara Khalid mempersiapkan tentera Islam, Jaban yang baru tiba di Ullai mengetahui perancangan Khalid lalu mengarahkan tenteranya bersiap sedia untuk bertempur.

Pertempuran sengit

  1. Tentera Islam dibahagikan kepada tiga pasukan; pasukan tengah dipimpin oleh Khalid al-Walid r.a., pasukan kanan oleh ‘Adi bin Hatim, dan pasukan kiri oleh ‘Asim bin Amr.
  2. Tentera lawan juga dibahagikan kepada tiga pasukan; pasukan tengah terdiri daripada tentera diraja yang dipimpin oleh Jaban, manakala pasukan sayap terdiri daripada tentera Arab Kristian yang diketuai oleh Abdul Aswad dan Abjar.
  3. Pertempuran satu lawan satu menyaksikan Khalid al-Walid r.a. berjaya membunuh Abdul Aswad.
  4. Pertempuran antara kedua-dua pihak berlaku dengan sengit dan tiada tanda-tanda untuk mana-mana pasukan mengalah.
  5. Pertempuran berlarutan terlampau lama, sehingga Khalid al-Walid r.a. berdoa:

“Ya Allah! Jika kau memberi kemenangan ke atas kami, aku akan pastikan tiada musuh yang terselamat daripada pertempuran ini”

Janji Allah s.w.t

  1. Tatkala tentera musuh mulai lemah, Khalid al-Walid r.a. mengarahkan tentera berkuda agar mengepung tentera musuh agar tidak dapat lari dari medan perang.
  2. Kemenangan mulai berpihak kepada tentera Islam.
  3. Khalid al-Walid r.a. menunaikan nazarnya dengan mengarahkan semua tentera musuh dibunuh di Sungai Khasif.
  4. Situasi pembunuhan beramai-ramai di Sungai Khasif berlarutan selama beberapa hari dan menyebabkan Sungai Khasif tidak mengalir kerana dipenuhi darah yang pekat.
  5. al-Qa’qa’ bin Amr mencadangkan agar empangan di hulu sungai dipecahkan.

Penghargaan daripada Khalid al-Walid r.a.

  1. Tentera Islam berjaya menguasai kawasan Ullais dan bayaran jizyah dikenakan.
  2. Khalid al-Walid r.a. memberi pujian kepada Empayar Parsi Sassanid selepas kemenangan di Ullais:

“Aku pernah mematahkan enam bilah pedang lawan dengan tanganku sewaktu di Muktah, tetapi aku tidak pernah bertempur dengan tentera sehebat tentera Parsi, dan di antara tentera Parsi, aku tidak pernah bertempur dengan tentera sehebat di Ullais.”

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

What’s this?

You are currently reading Ullais at Ini Iz Is.

meta

%d bloggers like this: