Pabila Menatap Cermin
April 22, 2009 § 1 Comment
Banyaknya masa tatkala melihat diri di cermin adalah subjektif bagi setiap individu. Namun keseriusan semasa menatap wajah di cermin tidak mampu dipersoalkan lagi, yakni ketika bersiap-siap untuk ke suatu tempat yang penting dan ramai orang.
Kalaulah si cermin itu mampu menzahirkan betapa hitamnya hati si pelihat itu, nescaya si pelihat itu tak tentu arah, pastinya terpinga-pinga mencari solusi.
Hitamnya hati bukan boleh ditutup dengan lapisan bedak yang tebal mahupun apa-apa krim. Hitamnya hati juga bukan boleh dihilangkan serta-merta.
Sehitam mana hati anda sekarang?
Advertisements
[…] Sucikan hati anda yang sedang hitam: Pada hati andalah sepatutnya ada semua yang perlu; iman, taqwa, kasih sayang, ukhuwwah, Allah s.w.t.! Hati anda sebenarnya sedang kehitaman. Sucikannya dengan wudhuk yang sempurna, solat yang ikhlas, doa yang tidak pernah putus, baca al-Quran selalu. duhai iman, berjiwa rabbaniyyah, apa masalah hatimu?, luaran kerana dalaman, ubat hati, pabila menatap cermin […]