Muthanna bin Harith

March 20, 2011 § Leave a comment


Latar belakang

  • Muthanna bin Harith (مثنّى بن حارث) adalah seorang ketua Kabilah Arab Sheba.
  • Kabilah Arab Sheba tinggal di kawasan berhampiran dengan sempadan jajahan Empayar Parsi Sassanid di utara Tanah Arab.
  • Muthanna sangat dihormati seorang yang pahlawan perang serta pemimpin yang bijak dan berpandangan jauh.
  • Muthanna dan kabilahnya mempunyai hubungan yang baik dengan Empayar Parsi Sassanid kerana kekuasaan empayar tersebut yang hebat.

Antara Islam atau Parsi Sassanid

  • Pada tahun ke-10 selepas kenabian (620 Hijrah), Rasulullah s.a.w. bersama Abu Bakar r.a. pergi ke Mina untuk mengerjakan ibadah haji.
  • Baginda mengambil peluang untuk menziarahi kabilah-kabilah Arab yang sedang berkunjung di situ.
  • Rasulullah s.a.w. dan Abu Bakar r.a. bertemu dengan sekumpulan anak muda daripada Kabilah Arab Sheba.
  • Anak-anak muda tersebut ialah Mafruq bin ‘Amr, Hani bin Qabisah, Nu’man bin Syarik dan Muthanna bin Harith.
  • Abu Bakar r.a. bertanyakan tentang asal-usul dan kekuatan kabilah mereka kepada Mafruq.
  • Abu Bakar r.a. mengambil peluang memperkenalkan mereka kepada Rasulullah s.a.w.
  • Mafruq bertanyakan tentang ajaran yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w., lalu Rasulullah s.a.w. memberitahunya tentang Islam dan membacakan potongan ayat al-Quran tentang ajaran Islam dari Surah al-An’am, ayat 151 hingga 153:

Katakanlah: “Marilah, supaya aku bacakan apa yang telah diharamkan oleh Tuhan kamu kepada kamu, iaitu janganlah kamu sekutukan dengan Allah sesuatupun; dan hendaklah (kamu) membuat baik kepada ibu bapa; dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu kerana kepapaan, (sebenarnya) Kamilah yang memberi rezeki kepada kamu dan kepada mereka; dan janganlah kamu hampiri kejahatan-kejahatan (zina) – yang terang daripadanya dan yang tersembunyi; dan janganlah kamu membunuh jiwa yang telah diharamkan Allah (membunuhnya) melainkan dengan jalan yang hak (yang dibenarkan oleh Syarak). Dengan yang demikian itulah Allah perintahkan kamu, supaya kamu memahaminya.”

“Dan janganlah kamu hampiri harta anak yatim melainkan dengan cara yang baik (untuk mengawal dan mengembangkannya), sehingga ia baligh (dewasa, serta layak mengurus hartanya dengan sendiri); dan sempurnakanlah segala sukatan dan timbangan dengan adil”. – Kami tidak memberatkan seseorang dengan kewajipan melainkan sekadar kesanggupannya – “dan apabila kamu mengatakan sesuatu (semasa membuat apa-apa keterangan) maka hendaklah kamu berlaku adil, sekalipun orang itu ada hubungan kerabat (dengan kamu); dan perjanjian (perintah-perintah) Allah hendaklah kamu sempurnakan. Dengan yang demikian itulah Allah perintahkan kamu, supaya kamu beringat (mematuhiNya)”.

Dan bahawa sesungguhnya inilah jalanKu (ugama Islam) yang betul lurus, maka hendaklah kamu menurutnya; dan janganlah kamu menurut menurut jalan-jalan (yang lain dari Islam), kerana jalan-jalan (yang lain itu) mencerai-beraikan kamu dari jalan Allah, Dengan yang demikian itulah Allah perintahkan kamu, supaya kamu bertaqwa.

  • Mafruq tertarik dengan Islam lalu bertanyakan lagi tentang ajaran Islam.
  • Rasulullah s.a.w. membacakan pula potongan ayat dari Surah an-Nahl, ayat 90:

Sesungguhnya Allah menyuruh berlaku adil, dan berbuat kebaikan, serta memberi bantuan kepada kaum kerabat; dan melarang daripada melakukan perbuatan-perbuatan yang keji dan mungkar serta kezaliman. Ia mengajar kamu (dengan suruhan dan laranganNya ini), supaya kamu mengambil peringatan mematuhiNya.

  • Mafruq meminta izin untuk bertemu dengan ketuanya, Muthanna terlebih dahulu agar dia atau mereka dapat meninggalkan ajaran lama dan bersama Islam.
  • Setelah perbincangan diadakan, mereka kembali kepada Rasulullah s.a.w. lalu Hani bin Qabisah mengatakan mereka tidak dapat memilih untuk bersama Islam secara keseluruhan pada masa ini kerana mereka takut akan diserang oleh Empayar Parsi Sassanid berikutan hubungan baik yang sedia terjalin.
  • Muthanna bin Harith menambah,

“Kawasan kabilah kami terletak di antara al-Yamamah dan al-Samamah. Sebahagiannya adalah padang pasir Tanah Arab, dan sebahagian lagi adalah kawasan sungai Parsi Sassanid.”

  • Rasulullah s.a.w. menjawab:

“Apa yang kamu katakan itu benar. Tetapi memilih untuk bersama Islam tidak dengan sepenuhnya adalah sesuatu yang tidak mengikut ajaran Islam. Jika kamu cintakan kebenaran, kamu mesti bersama Islam sepenuhnya. Tidak mungkin seseorang itu mesti tunduk kepada pemimpin dunia dan juga llah s.a.w. pada masa yang sama. Keinginan untuk berkorban mesti ada demi untuk bersama Islam sepenuhnya.”

  • Rasulullah s.a.w. dan Abu Bakar r.a. berlalu pergi meninggalkan mereka.

Memilih untuk bersama Islam

  • Pada tahun ke-8 Hijrah, pengaruh kerajaan Islam yang berpusat di Madinah sangat hebat berbanding pengaruh Empayar Parsi Sassanid.
  • Muthanna bin Harith mengambil peluang ini untuk bertemu Rasulullah s.a.w di Madinah untuk memeluk Islam.

Kegemilangan selepas bersama Islam

  • Muthanna bin Harith bersama 2 000 orang dari kabilahnya menyertai Khalid al-Walid r.a. dalam Peperangan al-Salasil di Kazima.
  • Muthanna diberi amanah untuk mengejar dan membunuh tentera Parsi yang lari dari medan perang di Kazima.
  • Sewaktu mengejar, Muthanna dan pasukannya mengetahui bahawa tentera Parsi Sassanid pimpinan Qarin bin Qaruyanas dalam perjalanan untuk menyerang tentera Islam di al-Madhar.
  • Mengintip kekuatan lawan pimpinan Rostam sebelum pertempuran di al-Qadisiyah, lalu menghantar hasil intipan kepada Khalifah Abu Bakar r.a. di Madinah.
  • Tiada balasan diterima dari Madinah setelah sekian lama, menyebabkan dia menyerahkan tugas intipan kepada Bashir bin Khasasia untuk ke Madinah.
  • Setibanya di Madinah, Muthanna mendapat tahu bahawa Khalifah Abu Bakar r.a. sedang terlantar sakit.
  • Khalifah Abu Bakar r.a. mewasiatkan sesuatu kepada Umar bin al-Khattab r.a.:

“… sebaik sahaja aku meninggal, persiapkanlah sepasukan tentera Islam yang paling baik untuk dikirimkan kepada Muthanna …”

Detik-detik terakhir


  • Dalam peperangan al-Qadisiyyah, Muthanna bin Harith memimpin tentera Islam untuk berkawal di Ctesiphon sewaktu Khalid al-Walid r.a. diarah berkawal di sempadan Empayar Rom Byzantine di Syam.
  • Muthanna diserang oleh tentera Parsi Sassanid, memaksa tenteranya berundur ke al-Hirah.
  • Serangan bertubi-tubi ke atas tentera Islam menyebabkan tentera Islam tewas sewaktu pertempuran di jambatan Sungai Euphrates, berhampiran al-Hirah pada 634 Masihi.
  • Muthanna mengalami luka yang parah dalam pertempuran tersebut.
  • Muthanna meninggal dunia di al-Hirah kerana luka parah yang dialami.
Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

What’s this?

You are currently reading Muthanna bin Harith at Ini Iz Is.

meta

%d bloggers like this: