[Permata Belajar Berkilau] : Episod 04

November 1, 2008 § 5 Comments


Akhi Ikhwah

My friends here are my closest siblings. Beat me and they’ll beat you. Is it clear?

Ayat di atas ialah sebahagian daripada pengenalan diri aku yang aku letak dalam blog ini dulu.

Dalam universiti tarbiyyah ini, banyak bangunan aku pergi setiap hari. Merata-rata lorong aku lalui. Macam-macam orang yang aku jumpa, sama ada penuntut baru, mahupun penuntut lama. Mungkin peranan aku dalam universiti ini sudah lain berbanding tahun lepas, tetapi ada satu benda yang sentiasa sama-sama wujud, bahkan lebih terkesan auranya.

Kelas malam hari Jumaat atau Sabtu, aku akan bersama-sama tiga orang akh. Siangnya pula bertambah lagi empat. Di rumah, dua daripadanya setiap masa ada, belum lagi termasuk dua orang lagi. Di rumah sebelah sana ada lagi seorang, Berdekatan bandar ada lagi dua orang. Di kampung itu pula tiga orang lagi ada juga. Rumah aku yang lama? Ada dua orang lagi.

Mundar-mandir, pergi-balik, ulang-alik, pasti muka-muka ini yang aku jumpa. Hati-hati masing-masing, dengan izin Allah, semakin rapat dan bersatu. Hampir setiap masa, kami sentiasa berkongsi cerita sedih dan duka. Jarang sekali kisah gembira yang diungkapkan. Tautan antara satu sama lain semakin kuat, hampir tiada rahsia lagi antara kami semua.

Seolah-olah anggota-anggota yang membentuk satu badan, kalau si kaki kanan sakit, si kaki kiri pasti bergerak-gerak sama, sang kepala tak jemu-jemu membawa mata menjenguk apa yang sakit. Kedua-dua tangan rajin mengurut-urut tempat yang sakit. Saling merasa, saling menanggung.

Balasan emel daripada seorang sahabat:

“Jzkk akhi.
Moga allah mudahkan urusan kecil kita ini utk kemudahan urusan yg lebih aula’
Ya Allah, Bantulah kami semua..amin.”

Dua orang yang sebaya belum tentu menjadi kawan baik.
Dua orang yang sama course belum tentu menjadi kawan baik.
Dua orang yang ada minat yang sama belum tentu menjadi kawan yang baik.
Dua orang yang bermusafir bersama-sama belum tentu menjadi kawan baik.
Dua orang yang tinggal sebilik dalam satu rumah belum tentu menjadi kawan baik.

Setuju?

Hanya ini yang mampu aku banggakan kerana kami mengenali, merasai dan telah pun bersedia menanggung beban yang sekian lama sudah ada. Kami tahu kami bukan dari golongan yang menunggu Islam ditinggikan, tetapi kamilah kelompok kecil yang membantu meninggikan semula Islam.

Cemburu?

Bilakah lagi anta hendak minta nasyid daripada ana?
Bilakah lagi anta hendak ajak ana datang rumah anta?
Bilakah lagi anta hendak berasa jemu untuk ambilkan nota-nota kuliah untuk ana?
Bilakah lagi anta hendak berkongsi kisah zaman persekolahan anta lagi?
Bilakah lagi anta hendak mengajuk kata-kata ana lagi?
Bilakah lagi anta hendak marah-marah semasa mengejutkan ana untuk bersolat?
Bilakah lagi anta hendak cuba merungkai permasalahan ana?
Bilakah lagi anta hendak memuji-muji ana dan diri anta sendiri?
Bilakah lagi anta hendak memberi SMS kepada ana malam-malam?
Bilakah lagi anta hendak masakkan makanan yang pedas-pedas?
Bilakah lagi anta hendak menjilat gigit jari ana lagi?
Bilakah lagi anta hendak mengelak daripada ana memegang hidung anta?
Bilakah lagi anta hendak memberi komen not-not cinta kepada ana?
Bilakah lagi anta hendak memberi nasihat-nasihat pelik kepada ana?
Bilakah lagi anta hendak membantu ana dalam sesi praktikal?
Bilakah lagi anta hendak memberi senyuman unik itu?
Ya Allah yang jiwaku ada di tangan-Nya,
satukanlah hati-hati ini sebagaimana kau satukan hati-hati Kekasih-Mu dengan para sahabat baginda. 

Uhibbukum Fillah.
Allahumma Najihna Fil Imtihan. 

Semoga tsabat duhai ikhwahku.
Semoga tali-tali yang bergetar dan menghasilkan bunyi masih utuh dan kukuh memainkan not-not cinta-Nya.

§ 5 Responses to [Permata Belajar Berkilau] : Episod 04

Leave a reply to MusafiR Cancel reply

What’s this?

You are currently reading [Permata Belajar Berkilau] : Episod 04 at Ini Iz Is.

meta