Archive for the 'Uncategorized' Category

ingin kembali ke bahtera, dan kembali

November 30, 2009

Dah lama tak menulis, dari sebuah perahu kecil ini.

Pendayung-pendayung yang setia tiada lagi, buat sementara. Ada seorang dua sahaja yang tinggal, masih sudi mendayung, masih setia bersama-sama ke destinasi yang sangat jauh.

Perahu kecil ini berhasrat untuk ke bahtera. Belayar dengan bahtera lebih tersusun, lebih terjamin, lebih bersama-sama. Lebih tegar dengan ombak yang menggulung.

Cuma terfikir, siapakah pendayung-pendayung yang sudi bersama-sama mengemudi bahtera kelak?

klu

November 11, 2009

Kadang-kadang kita susah nak terus-terang.
Memang boleh pun kalau nak terus luahkan, tapi nanti feeling kurang; entah yang mendengar tu dah sedia nak dengar atau ambil syarat jadi pendengar sahaja.

Mungkin ini resolusi untuk ‘akh ini akan lebih hebat jika…’, tapi …?

Klu? Penat dah bagi.

p/s: clueless