maksimum
March 16th, 2011 § 1 Comment
Syarat untuk mendapatkan bantuan daripada Allah ada dua:
Pertama, pengharapan kepada Allah supaya usaha kita dibantu dan dipermudah oleh-Nya. Niat yang ikhlas kerana-Nya, berharap bersungguh-sungguh, berdoa sebanyak mungkin. Rasulullah s.a.w menangis mengharapkan ehsan Allah sebelum perang Badar bermula.
Kedua, berusaha semaksimum yang boleh sebagai seorang manusia. Seperti Musa a.s dihambat oleh Firaun, beliau membawa umatnya ke tempat paling jauh yang boleh; pinggir Laut Merah. Seperti para pejuang Islam di medan Badar, mereka bermatian-matian semaksimum mungkin dalam pertempuran sebelum bantuan dari langit tiba.
Pengharapan mesti datang sebelum usaha yang maksimum. Inilah kunci kemenangan Islam dalam peperangan Badar. Jika usaha datang sebelum pengharapan, itulah faktor kekalahan Islam di medan Uhud.
Berharap tanpa berusaha, jangan harap Allah akan membantumu.
Berusaha sekadar biasa-biasa, belum tentu Allah akan membantumu.
[...] diri anda, bahawa selama ini anda belum hebat di mata Allah s.w.t, walaupun anda beragama Islam. maksimum, menghindar [...]