tabiat orang berduka
December 15th, 2010 § 5 Comments

Seseorang yang bersedih, down, dirundung masalah, kecewa dan kesepian, pastinya cenderung untuk bersendirian dan lari dari khalayak ramai. Malah kerangka pemikirannya tidak lagi luas seperti kebiasaannya, kerana kekusutan yang menguasai mindanya.
Mungkin ya, mungkin tidak. Sebenarnya Yang Memerhati sentiasa berada disisinya, waimah sedang berduka.
“Demi waktu dhuha, Dan malam apabila ia sunyi-sepi - (Bahawa) Tuhanmu tidak meninggalkanmu, dan Ia tidak benci (kepadamu)”. (ad-Dhuha)
Surah ad-Dhuha mungkin lebih layak diasbabkan dengan kisah Muhammad s.a.w. yang bersedih kerana ‘ditinggalkan’ Allah. Dalam konteks, kesedihan adalah satu titik persamaan.
Dalam ayat-ayat seterusnya, Allah seolah-olah mengajak orang yang bersedih ini agar kembali mengingat apakah pengalaman silam berupa nikmat-nikmat yang Allah telah kurniakan kepadanya.
Lantas Allah mengajak supaya bangkit dari kerusi kesedihaan dengan merancang masa depan yang pastinya Allah janjikan yang terbaik disisi-Nya.
Akhirnya Allah mengajak untuk sentiasa zahirkan tanda kesyukuran dengan nikmat-Nya.
Adakah anda sedang bersedih? Ayuh tadabbur tafsir ad-Dhuha.
adakah anda sedang bersedih?
hurm hard to tell.
la tahzan ya akhi…innAllaha maa’na..
[...] pukulan, tendangan, tujahan, tamparan, sergahan buat anda yang baru belajar untuk jadi hebat! tabiat orang berduka, adakah hidayah sudah [...]
[...] pukulan, tendangan, tujahan, tamparan, sergahan buat anda yang baru belajar untuk jadi hebat! tabiat orang berduka, adakah hidayah sudah [...]