adakah hidayah sudah pergi?
September 30th, 2009 § 3 Comments
“Apakah engkau tidak melihat gelagat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhan yang dipatuhinya, justeru dia disesatkan oleh Allah di atas ilmu, dan dimeteraikan pula atas pendengarannya dan hatinya, serta diadakan lapisan penutup atas penglihatannya? Maka siapakah lagi yang dapat memberi hidayah petunjuk kepadanya sesudah Allah (menjadikan Dia berkeadaan demikian)? Oleh itu, mengapa kamu (wahai orang-orang yang ingkar) tidak ingat dan insaf?” (Surah al-Jaathiyah : 23)
Hakikatnya tanyalah diri sendiri; semakin hari semakin sibuk dengan urusan keduniaan, solat dan tadarus al-Quran seolah-olah dilaksanakan hanya sebagai tugasan sehari-hari, tiada roh mahupun secebis perasaan dhaif dan kerdil diri untuk mahu mendapatkan lebih daripada kerlingan-Nya.
Tanyalah air mata sendiri. Bilakah saat terakhir yang pernah dia dititiskan untuk memohon keampunan daripada-Nya yang paling berkuasa?
“Aku tidak perlu bersumpah dengan dengan Tuhan yang memiliki arah-arah Timur dan arah-arah Barat; bahawa sesungguhnya Kami amat berkuasa!” [al-Ma'arij: 40]
Semakin hari semakin sibuk. Sibuk dengan sesuatu yang, bagi-Nya, mungkin tidak ada nilai pun tatkala dihamparkan kepada-Nya di akhirat kelak. Umar al-Faruq r.a yang pasti dijanjikan syurga oleh-Nya pun menangis-nangis, takut andai segala kesibukannya ditolak oleh-Nya. Sebeza mana kesibukan kita dengan kesibukan baginda al-Faruq?
“Tentang apakah mereka tertanya-tanya?” [an-Naba':1]
Setiap ilmu yang kita tahu akan ditanya tentang amal yang kita sudah buahkan. Mungkin kita baru pertama kali dihebah-hebahkan dengan ‘Berita Besar’. Bagi yang kufur, ‘Berita Besar’ ini cuma menempelak dan terus menempelak mereka. Bagi kita yang ada Islam di hati sanubari, ‘Berita Besar’ ini hendak kita rasa bagaimana sebenarnya? ‘Berita Besar’ ini perlu kita bumikan di mana sebenrnya?
Wajibkah kita ingat ‘Berita Besar’ ini selamanya?
“… aku masuk neraka kerana kamu tidak menyampaikan apa yang kamu ada kepadaku!”
Semoga tiada hujah pada hari akhirat kelak yang mengheret langkah kaki kita ke semulia-mulia syurga kepada sehina-hina Jahannam.
baru mau tulis entri psl ni jgk.
tak jadi lah.
uhrmph… =( semoga kita tetap mahu mencari-Nya… supaya ankabut:69 menjadi nyata.
[...] Faham al-Quran mengikut ‘silibus’ yang Rasulullah s.a.w. sampaikan kepada para sahabat: Mulakan dengan memahami juzuk 30. Kenapa juzuk 30? Juzuk 30 berupa persoalan aqidah, peringatan tentang adanya akhirat, adanya Allah s.w.t. Ayat-ayatnya yang pendek adalah berupa pukulan, tendangan, tujahan, tamparan, sergahan buat anda yang baru belajar untuk jadi hebat! tabiat orang berduka, adakah hidayah sudah pergi? [...]