Ubat Hati
June 21st, 2009 § 2 Comments
Istimewa untuk diri dan yang teristimewa …
Sesungguhnya di dalam hati terdapat sebuah keterasingan yang tak mampu diubati, kecuali dengan menyendiri bersama Allah ‘Azza Wajalla.
Di dalam hati juga ada sebuah kesedihan yang tak akan mampu disekat, kecuali oleh kebahagiaan yang tumbuh kerana mengenal Allah beserta ketulusan hubungan denganNya.
Pun di dalam hati ada sebuah kegelisahan yang takkan mampu ditenangkan, kecuali dengan berhimpun kerana Allah dan pergi meninggalkan kegelisahan itu menuju Allah.
Di dalam hati juga ada suatu tuntutan kuat yang tidak akan terhenti, sehinggalah Allah menjadi satu-satunya matlamat dan cita-cita.
Di dalam hati juga ada suatu keperluan yang takkan pernah terpenuhi, kecuali dengan cinta-Nya, mengingati-Nya, beserta keikhlasan yang tulen terhadap-Nya.
Bahkan jika hati ini diberi dunia dan segala isinya, keperluan itu tetap tidak dipenuhi, selagi tidak mengharap penuh kepada Allah ‘Azza Wajalla.
- Ibnu Qayyim -

jzkk akhi, sangat bermakna. ana amat-amat memerlukan ini.
[...] baca al-Quran selalu. duhai iman, berjiwa rabbaniyyah, apa masalah hatimu?, luaran kerana dalaman, ubat hati, pabila menatap [...]