Takaful ialah dasar memelihara nasib sesama sendiri supaya jangan ada orang yang terbiar atau terlantar.
Oleh itu saudara-saudara hendaklah mengamalkan dasar “takaful” ini dengan cara yang bersungguh-sungguh untuk bersama-sama menolong memikul bebanan sesama sendiri.
Dasar “Berseimbangan” atau “takaful” ini merupakan tunjang iman dan inti-sari “ukhuwah” sejati. Untuk mengamalkan rukun ini, saudara- saudara hendaklah sentiasa bertanya khabar sesama sendiri, ziarah menziarah, dan bergant-ganti membuat kebajikan dengan jalan segera menolong di antara satu sama lain dengan sedaya upaya.
“”Kalau seseorang dan kamu itu berjalan kerana hendak menolong saudaranya adalah lebih baginya daripada ia ber ‘iktikaf sebulan di masjidku ini.” (Mafhum Hadis)
